SEIRING trend teknologi komunikasi masa kini, ramai ibu kerap menggunakan telefon pintar ketika bersama anak, terutama ketika menyusu.

Kononnya, itulah masa paling sesuai berehat dan pada masa sama sama dapat bermain telefon pintar. Namun, sebenarnya tabiat itu tidak boleh diamalkan kerana boleh memudaratkan anak.

Berdasarkan pakar kanak-kanak di Amerika Syarikat berkata, tabiat tersebut akan memudaratkan kesihatan mental kanak-kanak dalam jangka masa panjang kerana kurang hubungan mata dengan anak ketika menyusu.

BAGAIMANA TABIAT ITU BOLEH MEMUDARATKAN?

Pakar Psikologi Bahagian Kesihatan Mental Keibuan di Pusat Perubatan Calfornia’s Pomona Valley, Dr Kateyuna Kaeni berkata, hubungan mata antara ibu dan anak sangat penting dalam membina perhubungan yang baik.

“Apabila bayi dilahirkan, daya penglihatan mereka lebih tertumpu kepada dada ibu dan wajah ibunya.

“Itu ialah jarak paling jauh yang boleh seorang bayi nampak. Jadi, ketika inilah saat terbaik melakukan hubungan mata dengan ibunya,” katanya.

Namun, jika bayi gagal mendapatkan perhatian daripada ibu walaupun membuat bunyi dan senyuman. Maka, bayi akan menganggap mereka tidak boleh bergantung kepada kita untuk mendapatkan perhatian.

Jadi, tidak hairanlah jika anak kita akan jadi mudah cemas dan rasa tidak selamat hingga menyebabkan mereka enggan berenggang kerana mahukan perhatian.

Dr Kateyuna menambah, gangguan seperti telefon pintar juga menyebabkan ibu tidak sedar sama ada bayi sudah kenyang, atau cara lekapan tidak selamat dan anak mengalami masalah menelan.

IBU MODEN LEBIH KERAP LAYAN TELEFON

Seorang jururawat Terry Bretscher berkata, ibu moden lebih kerap menggunakan telefon pintar ketika menyusukan anak.

“Apabila saya membantu mereka ketika menyusukan bayi, telefon asyik berbunyi dan tumpuan mata akan terus kepada telefon pintar. Mereka akan jawab panggilan dan terus leka main telefon pintar.

“Sangat sukar membina ikatan dan berbual dengan bayi jika ibu sentiasa bersama telefon pintar,” katanya.

SUMBER: TheSun.co.uk

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda