SUDAH lumrah bagi bayi dan kanak-kanak mengidap jangkitan demam atau demam selesema berpanjangan dan berlarutan 5-6 kali sepanjang tahun. Sebenarnya, situasi itu masih dianggap normal. Tetapi, ibu bapa tetapi perlu prihatin apabila penyakit mula jadi lebih serius yang berisiko menyebabkan jangkitan kuman ke atas paru-paru, dipanggil pneumonia.

Demam berlarutan juga selalu merisau kita sebagai ibu bapa. Bagi mengelakkan demam anak terus berpanjangan, kita disarankan melakukan beberapa perkara untuk membantu perkembangan sistem imunisasi mereka yang sihat.

1. SUSU IBU – Sumber perlindungan terbaik kepada bayi di bawah usia enam bulan kerana mengandungi sistem imun seperti sel darah putih dan Immunoglobulin A (IgA).

2. AMAL MAKANAN SEIMBANG – Pastikan anak makan sayur dan buah setiap hari, selain makanan lain. Kajian mendapati, jangkitan kuman seperti kwashiorkor atau marasmus lebih sering berlaku ke atas kanak-kanak yang kekurangan zat makanan.

3. VAKSIN – Berikan anak vaksinasi mengikut jadual ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Proses vaksinasi membantu merangsang sistem pertahanan tubuh anak sebagai persediaan menghadapi jangkitan penyakit sebenar menerusi penghasilan sel antibodi memori.

4. PERSEKITARAN BERSIH DAN SELAMAT – Pastikan bekalan air bersih. Air minum mesti dimasak terlebih dahulu. Selain itu, ibu bapa juga perlu cuba elak membawa anak-anak ke kawasan yang ada ramai orang, sama ada di rumah, taman atau pusat jagaan. Ini bagi mengelak anak dijangkiti ataupun menjangkiti orang lain (jika ada demam selesema).

5. JAUHI ASAP ROKOK – Inilah antara perkara penting yang ramai terlepas pandang, iaitu bahaya asap rokok. Situasi perokok kedua (bayi atau kanak-kanak yang tinggal bersama ibu bapa merokok atau perokok dewasa) akan terdedah kepada asap rokok secara tidak langsung.

Hasil kajian epidemiologi mendapati kanak-kanak berisiko tinggi dijangkiti kuman pneumonia dan kematian mengejut sekiranya terdedah sebagai perokok kedua.

SUMBER: DoktorBudak.com

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda