TANGGUNGJAWAB ibu bapa hari ini bukan mudah kerana remaja sekarang mudah terdedah dengan persekitaran online serba mencabar. Internet dan media sosial sudah mengambil alih cara pergaulan anak kita walaupun hanya duduk di rumah.

Menurut kajian, kira-kira 20 peratus remaja akan mendapat satu permintaan seksual daripada individu tidak dikenali secara online.  Sebanyak 12 peratus lagi remaja bertindak berani berjumpa individu tersebut secara peribadi. Memang bahaya!

Berikut 5 perkara yang boleh kita lakukan untuk memastikan anak kita dapat bersosial secara online dengan selamat.

1. TEKAN KEPENTINGAN PRIVASI DALAM TALIAN

Ajar anak kita bahawa mereka tidak sepatutnya berkongsi maklumat peribadi seperti nama, lokasi, umur atau sekolah. Juga beritahu mereka jangan sesekali menghantar gambar kepada orang yang tidak dikenali apabila diminta ataupun tidak.

Penting juga memastikan laman sosial anak kita tidak mengandungi kandungan seksual kerana pelaku sering memilih remaja yang terdedah atau yang mungkin terbuka untuk membincangkan hal berkaitan seksual.

2. BERITAHU BAHAYA ONLINE

Bercakap dengan anak kita tentang bahaya yang sering berlaku secara online. Walaupun kita tidak berniat untuk terlalu menakutkan  tetapi mereka perlu tahu bahawa ada orang di luar sana yang mungkin mempunyai niat jahat.

Beritahu juga pada anak kita bahawa jika mereka menerima undangan perbualan daripada seseorang yang tidak kenali dan membuatkan mereka tidak selesa, mereka harus tunjuk kita.

Antara perkara yang paling penting yang boleh dilakukan oleh ibu bapa adalah menjaga komunikasi terbuka. Biar anak kita tahu bahawa mereka tidak akan menghadapi masalah (denda) walaupun mereka telah bercakap atau berkongsi gambar dengan seseorang.

3. BUAT PERATURAN

Apabila anak kita mula menggunakan peranti internet, bincangkan peraturan keluarga dan peraturan kita.

Ada keluarga yang membuat peraturan dengan mencipta penggunaan digital sendiri pada telefon pintar. Kontrak ini menetapkan peraturan penggunaan dan sekiranya kegagalan mematuhi peraturan keluarga harus mengakibatkan penggantungan keistimewaan dalam talian.

Mungkin, kita boleh  belajar bagaimana dan buat pada keluarga kita nanti.

4. KETAHUI KATA LALUAN ANAK KITA

Nampak menjengkelkan tetapi kita perlu tahu sama ada meminta terus daripada anak atau sebaliknya. Walaupun ramai ibu bapa memberikan privasi kepada anak secara online, kita juga sepatutnya mempunyai hak untuk memeriksa mesej, sejarah pencarian dan akaun media sosial secara berkala, milik anak kita.

5. HADKAN PENGGUNAAN PERANTI DAN INTERNET

Jangan biarkan ank kita membawa peranti yang mempunyai sambungan internet ke bilik tidur pada waktu malam.

Bagaimanapun, kita boleh membenarkan penggunaan telefon pintar dan komputer riba di bilik anak kita pada waktu siang. Tetapi kesemua peranti perlu dipulangkan pada waktu malam.

Hal ini, bukan sahaja menggalakkan tabiat tidur yang sihat, tetapi kajian yang pernah dilakukan mendapati bahawa kebanyakan penggunaan internet selepas 11 malam tidak dipantau oleh ibu bapa.

SUMBER: PsychologyToday.com

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda