RAMAI wanita kurus atau BMI tidak normal sering mengalami masalah kesuburan dan menghadapi masalah sukar untuk hamil.

Hal ini kerana salah satu punca wanita sukar hamil adalah tidak mempunyai berat badan yang ideal iaitu di bawah Indeks Jisim Tubuh (BMI) normal.

BMI dipercayai boleh mempengaruhi kesuburan jika paras BMI bawah 18.5. Walaupun masalah kurang berat badan adalah tidak serius, namun ia masih boleh menjejaskan keupayaan untuk mengandung.

BACA>>> 8 Tip Kekal Berat Badan Ideal Sepanjang Kehamilan

BAGAIMANA BMI MEMPENGARUHI OVULASI?

Bagi mendapatkan ovulasi teratur, seseorang wanita itu memerlukan sekurang-kurangnya 17 peratus keseluruhan lemak tubuh.

Ovulasi ialah proses melepaskan telur daripada ovari ke dalam uterus anda, di mana telur menunggu untuk disenyawakan dengan sperma.

Jika anda mempunyai terlampau sedikit lemak dalam tubuh, penghasilan hormon daripada otak ke kelenjar pituitari, yang menggalakkan pengeluaran telur, boleh terganggu. Kesannya anda akan mengalami ovulasi tidak teratur ataupun tiada langsung ovulasi.

JADI, BAGAIMANA KURANG BERAT BADAN BOLEH JEJASKAN KESUBURAN?

Anda tidak boleh hamil jika tiada ovulasi. Dalam sesetengah kes, wanita yang kurang berat badan boleh bertahun-tahun tidak didatangi haid.

Jika ada kehadiran darah, anda masih belum boleh pastikan kerana terdapat keadaan yang dipanggil pendarahan ketidaksuburan. Darah yang keluar setiap bulan tidak semestinya menunjukkan bahawa anda subur.

BACA>>> 7 Tip Turunkan Berat Badan Ketika Menyusukan Anak

JIKA SAYA INGIN HAMIL, APAKAH CARANYA?

1. DAPATKAN BMI NORMAL

Kebanyakan wanita kurang berat badan boleh mendapatkan kembali kesuburan mereka dengan cara mendapatkan berat badan ke paras BMI normal, asalkan keadaan kesihatannya baik.

2. KURANGKAN RUTIN SENAMAN

Jika anda kerap menjalani rutin senaman, ini bermakna anda perlu kurangkan intensiti senaman anda untuk mengekalkan jumlah lemak dalam badan. Anda mungkin hanya perlu mengubah diet anda untuk meningkatkan pengambilan lemak.

Selepas naik beberapa kilo berat, anda akan mula mendapat ovulasi yang teratur, di mana inilah petanda badan anda bersedia untuk hamil.

Jika ovulasi anda masih tidak teratur, terdapat prosedur perubatan untuk membantu mendapatkan kembali ovulasi untuk anda boleh mengekalkan berat badan yang sihat.

SUMBER: HelloDoktor

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda