“JANGAN buka selipar, nanti kuman masuk!”, jerit ibu sebaik saja nampak si anak keluar bermain tanpa memakai selipar atau kasut yang disebut kita sebagai ‘berkaki ayam’.

Ini bukan perkara baru dan kita pun tidak tahu mitos atau fakta. Mudah kata, kita pun ikut pesanan tradisi itu dengan meminta anak sendiri turut berselipar supaya tidak dijangkiti kuman, ataupun cedera dan luka, termasuk mengelak penyakit yang boleh dimasuki menerusi tapak kaki.

OK ATAU TIDAK BUKA KASUT?

Kanak-kanak akan buka kasut untuk melakukan aktiviti fizikal kerana kaki mempunyai kualiti tertentu yang perlu dikuasai. Berikut apa yang berlaku apabila anak berkaki ayam.

  • Kaki akan digunakan untuk mencengkam (grip) lantai untuk menjaga kekuatan dan keseimbangan badan.
  • Setiap bahagian kaki seperti jari kaki, tumit, tunggal, ‘ball’ dan sebagainya perlu didedahkan supaya sentuhan boleh dan senang berlaku.
  • Jari kaki akan berpeluang untuk meregang. ‘Arch’ kaki (bahagian melengkung) jadi lebih kuat dan kukuh.
  • Otot kaki dan pinggang mempunyai julat pergerakan lebih besar atau luas. Ini membantu menguatkan kaki dan meningkatkan penjajaran tubuh atau body alignment. Ia kaitan semula jadi jika kita berkaki ayam.

BERKAKI AYAM BAGUS UNTUK PERKEMBANGAN OTAK?

Pakar Kanak-Kanak di Persatuan Pediatrik Kiropraktik Antarabangsa (ICPA), Dr Kacie Flegal membuktikan bahawa:

  • Anak kecil berkaki ayam (dalam situasi tertentu) dapat membina hubungan kuat dengan perkembangan saraf dan otak optimal.
  • Kaki sangat kaya dengan saraf yang menyumbang kepada pembinaaan laluan neurologikal ke otak.
  • Pakaikan anak kasut bermaksud kita mengurangkan peluang dia merasai pengalaman menyentuh. Ini membantutkan perkembangan saraf baharu (new neural connection) dan otot!

BETULKAH KUMAN BOLEH MASUK?

Benda paling merisaukan ialah anak dijangkiti kuman jika tidak berkasut. Sebenarnya, kulit kita dicipta khas untuk menghalang patogen (pathogen), iaitu agen berjangkit memasuki badan. Antara reaksi spontan yang selalu kita dapat ialah rasa gatal selepas menyentuh sesuatu.

Rugi, kadangkala kita terlalu ‘over’ seperti menyuruh anak memakai sarung tangan ketika bermain tanah, memegang daun, dan sebagainya. Aktiviti baik, tetapi sayangnya cara kita bermain dengan aktiviti tersebut mengurangkan impak positif terhadap perkembangan anak.

MASIH RISAU BAHAYA MENDATANG?

Kaki harus berkembang dengan semula jadi. Bukan mengikut saiz dan bentuk kasut. Penggunaan kasut hanyalah membataskan pergerakkan kaki dan dalam jangka masa yang panjang ia memberi implikasi terhadap cara kita berjalan, keseimbangan badan, perkembangan deria dan perkembangan memahami ruang (spatial development).

KALAU MASIH RISAU, APA PATUT SAYA BUAT?

  • Jadikan masa tertentu sebagai rutin menanggalkan kasut seperti ‘barefoot time’ atau ‘tippy-toe time’.
  • Adakan pelbagaikan aktiviti yang beri peluang kepada anak menyentuh persekitaran dengan kaki. Jangan pula dipakaikan stokin kepada si kecil.
  • Anak perlu merasai pengalaman memijak dengan kaki sendiri tanpa ada apa-apa halangan.

Berkaki ayam memang sesuatu yang menyeronokkan anak!

KREDIT: Hazhari Ismail

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda