PERNAH dengar tentang khasiat biji chia (chia seed) yang bagus untuk tenaga dan perkembangan janin dalam rahim? Ya, ibu hamil patut tahu rahsia kebaikan biji chia yang elok diamalkan sepanjang tempoh kehamilan.

Biji chia dikenali sebagai makanan untuk menambah tenaga dan kepantasan. Satu sudu biji chia dapat berikan ketahanan fizikal selama 24 jam dan mampu bertindak sebagai sumber tenaga utama.

Biji chia berkhasiat dalam membantu melancarkan pencernaan, kesihatan jantung, merawat diabetes, dan menguatkan tulang serta baik untuk kesihatan gigi. Dari segi nutrisi, biji chia kaya dengan fiber, omega-3, protein, vitamin dan mineral, dan juga sumber antioksida.

Apakah khasiat biji chia?

1. SUMBER OMEGA-3

Omega 3 sangat diperlukan dalam pembentukan otak bayi dalam kandungan. Selalunya, kekacang dan bijirin yang tinggi kandungan lemak tidak tahan lama dan cepat lemau.

Tetapi biji chia boleh tahan hingga empat tahun kalau disimpan dalam bekas tertutup sebab tinggi kandungan antioksida.

2. GANTI NUTRISI YANG HILANG

Waktu hamil membuatkan ibu hilang banyak nutrisi. Dengan kandungan antioksida tinggi, biji chia dapat membantu ibu menggantikan nutrisi yang hilang. Biji chia kaya dengan sumber mineral penting seperti kalsium, posporus, magnesium, zink, dan iron.

Pada trimester pertama, kalsium sangat diperlukan dalam pembentukan tulang janin. Biji chia mempunyai kandungan kalsium lima kali lebih banyak daripada susu!

Selain itu, zat besi (iron) sangat penting untuk menampung peningkatan jumlah darah ibu dalam membentuk darah bayi. Ibu boleh ambil biji chia sebagai sumber zat besi untuk penghasilan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan.

3. LAMBATKAN PENYERAPAN GULA

Kandungan gula tinggi mendatangkan risiko bahaya ke atas bayi dalam kandungan yang boleh mengundang komplikasi seperti bayi terlebih berat badan, dan meningkatkan potensi bersalin secara caesarean, dan mengidap pre-eklampsia.

Pengambilan biji chia akan menghasilkan tekstur seperti gelatin dalam perut yang dapat membantu melambatkan pencernaan dan memastikan paras gula stabil.

4. RANGSANG TENAGA

Biji chia dapat melambatkan proses penukaran gula dan karbohidrat darioada biji kepada tenaga. Perkara ini memberikan rangsangan tenaga berterusan. Jadi ibu hamil tidaklah rasa letih sepanjang hari.


CARA PENYEDIAAN

  • Bagi mendapatkan nutrisi yang disebutkan, rendamkan biji chia dalam air sebelum dicampurkan dalam masakan atau minuman.
  • Merendam biji chia akan melepaskan enzim penghalang yang digunakan untuk melindungi biji.
  • Campurkan satu setengah sudu makan biji chia dalam satu cawan air dan biarkan selama 30 minit hingga 2 jam. Boleh juga tinggalkan semalaman dalam peti sejuk.
  • Biji chia baik untuk mencegah dehidrasi kerana mampu bertahan dalam air 12 kali ganda lebih lama.
  • Sekiranya tidak mahu merendam biji chia, ia boleh menyerap air daripada badan melalui proses pencernaan. Jadi pastikan minum air mencukupi sepanjang hari untuk elakkan badan terhidrasi.

SUMEBR: HealtyMummy

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda