WANITA yang baru kahwin tentu kurang arif tentang tanda-tanda kehamilan sebab belum biasa mengalami situasi diri berbadan dua. Tiada masalah bagi wanita yang pernah hamil kerana mereka sudah pun melalui pengalaman itu.

Apabila badan rasa tidak sihat, selalunya memang malas mahu ke klinik sebab ingat sakit kepala biasa saja. Apakah tanda awal kehamilan yang selalu dilalui ibu?

1. MENGIDAM

Tanda kehamilan yang selalu ibu tidak sedar. Tiba-tiba nafsu makan meningkat. Ada sahaja mengidam hendak makan itu ini. Walaupun tanda ini belum pasti, tetapi gejala mengidam selalu terjadi pada tahap awal kehamilan.

2. SAKIT KEPALA DAN EMOSI

Perubahan hormon dalam badan akan menyebabkan ibu mengalami tekanan perasaan atau tekanan darah rendah. Bukan itu sahaja, ibu juga akan lebih emosi dan ‘mood swing’. Suami jangan pula marah, simptom ini biasa melanda ibu pada tahap awal kehamilan.

3. PERUBAHAN PAYUDARA

Payudara akan bengkak dan lebih besar daripada biasa. Semakin meningkat usia kehamilan, semakin besar payudara ibu. Puting payudara juga akan timbul sedikit lain daripada biasa dan berwarna gelap.

4. MORNING SICKNESS

Rasa mual dan tidak selesa sepanjang hari terutamanya pada waktu pagi. Asal bangun tidur aja mulalah meragam mulut rasa loya dan ingin muntah. Gejala loya ini boleh berlaku pada bila-bila masa dan ada ibu yang mengalami ‘morning sickness’ hingga tempoh hampir bersalin.

5. KERAP KE TANDAS

Semakin bertambah usia bayi dalam kandungan, semakin kerap ibu ke tandas untuk kencing akibat tekanan yang berlaku pada bahagian pundi kencing.

6. RASA PENAT DAN MENGANTUK

Perubahan hormon yang tinggi membuatkan ibu akan berasa penat dan asyik hendak tidur aja. Kepenatan luar biasa yang terjadi adalah disebabkan pertumbuhan fetus. Peningkatan hormon progestron jug selalu dikaitkan dengan simptom ini.

7. DERIA BAU DAN RASA SEMAKIN SENSITIF

Pada awal kehamilan, ada ibu yang merasa loya dan alah dengan bebrapa jenis makanan dan minuman. Kalau dulu bukan main suka minum teh, sekarang bau teh pun boleh muntah!

Ada juga ibu yang tak tahan dengan bau badan suami sendiri. Itu yang kita dengar kadang-kadang ada kes suami kena tidur luar sebab si isteri asyik muntah tak tahan bau badan si suami.

8. PENDARAHAN DAN KEMBUNG PERUT

Berlaku sedikit pendarahan yang berwarna merah cair atau coklat gelap. Ibu juga akan berasa ‘cramp’ pada bahagian rahim dan terasa kembung pada bahagian perut.

9. TAK DATANG HAID

Jika haid sudah tidak teratur, cepat-cepat beli ‘pregnancy kit’ dan cuba periksa sendiri di rumah. Kalau dapat hasil positif, terus ke klinik untuk pastikan dengan doktor.

Semoga bakal-bakal ibu di luar sana dapat menempuh saat indah semasa kehamilan.

SUMBER: BabyCentre

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda