KADANGKALA tanpa sedar atau sengaja kita mungkin pernah terlepas cakap hingga tanpa sengaja melabelkan anak. Perbuatan ini tidak patut dilakukan dan boleh menyebabkan masalah emosi kanak-kanak.

Jadi, bagaimanakah cara mengelakkan diri daripada melabelkan anak? Baca perkongsian Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak daripada Universiti Sultan Azlan Shah, Hazhari Ismail tentang kesan melabelkan anak untuk jangka panjang.

* Status di bawah disunting mengikut skema penulisan kami tanpa menjejaskan maksud sebenar kandungan asal. Status asal boleh dibaca pada pautan di akhir artikel. Harap maklum.


MELABEL ANAK

“Anak saya ni slow sikit.”

Manusia ini hidup dalam keadaan ‘homogeneity’, iaitu kehidupan kita ialah sama untuk dikatakan normal. Jika berbeza sedikit, maka kita akan hukum orang yang tidak sama dengan melabelkan mereka dengan macam-macam.

Kita bukan bercakap tentang label kanak-kanak istimewa seperti autism, disleksia, ADHD dan sebagainya. Bukan itu yang saya maksudkan. Label yang terhasil daripada pemerhatian biasa.

***

Oh, Ahmad ini cuai sikit. Careless. Jangan bagi anak saya apa-apa tanggungjawab ye cikgu.”

Ibu Ahmad melabel anaknya daripada kecil sebagai anak yang sentiasa cuai. Tidak percaya dengan anak sendiri. Sampaikan semua benda dibuatkannya. Masukkan buku dalam beg untuk hari esoknya, pekkan barang, basuh pinggan dan sebagainya.

Di sekolah, Ahmad sentiasa diingatkan untuk tidak membuat kesalahan bodoh dalam latihan. Diulang-ulang perkataan careless atau cuai dalam benak minda Ahmad.

***

Apabila kita melabel, perkataan itu sifatnya sangat kuat. Kuat mempengaruhi. Setiap label perkataan yang kita berikan seperti malas, bijak, lembam, hiper – ialah satu bentuk jangkaan yang mampu mempengaruhi perangai atau tingkah laku jangka panjang.

Ingat lagi repot kad? Guru akan menulis komen atau ulasan tentang prestasi anak murid sepanjang tahun tersebut.

“Ain seorang pelajar yang pendiam.”

“Keputusan Ali merosot kerana terlalu banyak bermain.”

“Prestasi teruk. Tidak bermaya.”

Niat asal selain memberikan ulasan kepada ibu bapa, sebenarnya ulasan itu juga bertujuan untuk memberi persediaan kepada bakal guru tahun depan berdepan dengan anak murid baru. Malangnya, apabila guru baru menerima label ulasan yang berbentuk negatif, ada kebarangkalian label tersebut terbawa-bawa dan memberikan jangkaan yang kurang kepada murid.

Si kecil akan memberontak dalam kelas kerana berterusan dilabel dengan perkara negatif.

Guru satu hal. Ibu bapa pun satu hal.

***

Menurut Alagammai, seorang pakar terapi pendidikan dan kesihatan mental, melabel boleh menjadi sesuatu yang baik. Bagaimanapun, melabel dengan perkataan yang buruk atau bahaya berbanding baik ialah sesuatu yang zalim. Lagi zalim ialah jika kita beritahu orang lain tentang label yang digunakan.

Jika label buruk digunakan secara kerap, ia akan mengganggu emosi dan sifat daya saing anak-anak dan menjurus ke arah masalah mental.

Jadi, apa cara yang terbaik yang boleh dilakukan?

1. TERANGKAN KEADAAN YANG BERLAKU BUKAN FOKUS SIFAT ANAK

Contohnya, jika si kecil memecahkan pinggan kita akan terpacul, “Adik ini selalu sangat tak berjaga-jaga. Semalam pecahkan pinggan. Minggu lepas pecahkan pinggan. Setiap masa nak pecahkan pinggan kenapa?”

Boleh tukar kepada, “Adik tak berjaga-jaga hari ini. Sebab tak pegang betul-betul, pinggan dah pecah.”

Elakkan gunakan perkataan ‘selalu’. Fokus apa yang sedang terjadi. Tak perlu mengungkit cerita lama. Perkataan ‘selalu’ menunjukkan tingkah laku yang sudah berlalu.

2. LABEL JUGA BOLEH JADI SESUATU YANG TRICKY

Memanggil anak-anak dengan panggilan ‘brilliant’. Its only a single word. Kanak-kanak akanrasa tertekan untuk jadi paling top setiap masa. Di sini, kita panggil sebagai ‘overestimate‘ kelebihan seseorang.

Boleh tukar kepada, “Ibu sangat bangga tengok adik buat latihan untuk peperiksaan esok.” Pujian yang sama. Tetapi, mampu menghilangkan rasa tekanan anak-anak.

3. SENANG CERITA, TIDAK PERLU LABEL-LABEL

Label yang diberikan berbeza daripada orang yang memberi dan orang yang menerima. Ia sesuatu yang subjektif. “Kamu ini tak pandailah.” Persoalannya, nak pandai bagaimana lagi? Tiada indikator yang tepat untuk jadi pandai.

Maka, ia strategi yang sangat tidak efektif untuk membina jati diri atau tingkah laku. Apatah lagi untukk mewujudkan motivasi.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda