KENAPA semua ibu semacam teruja sangat hendak sapu minyak telon pada bayi masing-masing? Kenapa perlu sapu? Apakah kepentingan minyak telon? Dalam keadaan cuaca di Malaysia yang panas terik dan hujan, adakah kita sudah memberikan perlindungan secukupnya kepada anak?

KEHANGATAN PENTING KEPADA BAYI

Perubahan cuaca panas dan hujan tidak memberi kesan kepada kita (dewasa) sebab badan sudah dapat menyeesuaikan diri dengan persekitaran. Bagaimanapun, keadaan cuaca begini tidak sesuai pula untuk bayi. Tubuh anak memerlukan kehangatan mencukupi tetapi tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan suhu sekeliling.

KENAPA KEHANGATAN PENTING?

Pengarah Perubatan Waldorf, Susan R Johnson berkata, kehangatan mungkin salah satu hadiah paling berharga yang dapat kita berikana kepada anak, bukan hanya kehangatan cinta, tetapi kemesraan fizikal tubuh anak.

Menurutnya, tubuh kanak-kanak membesar dalam tempoh tujuh tahun pertama kehidupan. Seorang bayi atau kanak-kanak kecil akan sentiasa berasa panas kecuali mereka berada di ambang hipotermia kerana kadar metabolisme dipercepatkan.

KENAPA PERLU GUNA MINYAK TELON?

  • Minyak telon digunakan secara tradisional untuk melegakan ketidakselesaan perut bayi.
  • Memberi kehangatan lembut.
  • Bahagian punggung, dada dan tapak kaki akan berasa selesa selepas disapu minyak telon.
  • Aroma segar dapat tenangkan bayi.
  • Mencegah daripada perut masuk angin dan kembung.
  • Melembapkan kulit bayi.
  • Melegakan gatal pada kulit bayi.

PILIHAN MINYAK TELON UNTUK BAYI

  1. Minyak telon Bebiku

2. Minyak telon Konicare

3. Minyak Yuu Yee Cap Limau

4. Minyak Mestika

5. Minyak telon Anugerah

6. Minyak telon Mustika Ratu

7. Minyak daun ubat TYT

Moga dapat membantu bagi yang tengah cari minyak telon terbaik buat bayi kesayangan anda!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda