ADA kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa wanita lebih cenderung lewat mencapai orgasma ketika hubungan kelamin berbanding lelaki.

Berdasarkan kepada penyelidikan baharu di Journal Of Sexual Medicine mendapati bahawa wanita yang mencapai orgasma hanya 62.9 peratus, manakala lelaki 85.1 peratus.

Orgasma sangat penting dalam hubungan kelamin kerana ia menjadi pengukur kepada kepuasan seks pasangan. Tidak dinafikan, punca penceraian juga berlaku disebabkan pasangan tidak mencapai kepuasan dalam hubungan kelamin suami isteri.

APAKAH PENYEBAB WANITA LAMBAT CAPAI ORGASMA

orgasma

1. ADA WANITA TIDAK TAHU WUJUDNYA ORGASMA

Ramai wanita yang tidak pernah mengalami orgasma seringkali takut berhadapan dengan apa yang akan berlaku apabila mencapai kepuasan dalam hubungan kelamin suami isteri. Disebabkan ada wanita yang tidak tahu adanya orgasma ia akan menyulitkan lagi mereka untuk mencapai kepuasan itu.

Orgasma adalah pengalaman peribadi yang akan dialami oleh setiap wanita dan ianya adalah sangat berbeza. Jadi, adalah penting, komunikasi antara suami isteri dalam mencapai orgasma masing-masing.

2. TERLALU OBSES TENTANG PENAMPILAN DIRI

Sering memikirkan tentang penampilan tubuh dan seringkali malu sekiranya suami melihat selulit atau lemak pada badan juga menjadi punya wanita lambat orgasma. Jika masih malu, lakukan hubungan intim bersama suami dalam cahaya samar-samar, mungkin ini akan membantu.

3. TERLALU BERFIKIR TENTANG POSISI SEKS

Wanita perlu sentiasa tenang dan fokus ketika melakukan hubungan intim bersama suami agar boleh mencapai kenikmatan bersama. Jangan terlalu berfikir tentang rentak seks bersama, sebaliknya ikut rentak pasangan, buatkan posisi yang pasangan suka.

BACA >>> Panduan Tingkatkan Peluang Hamil dan Tip Kesuburan Buat Suami Isteri

4. TERLALU FIKIR TENTANG ORGASMA

Ini adalah salah satu pembunuh terbesar orgasma. Kita sering berfikir tentang waktu dan berapa lama yang anda perlukan untuk mencapai orgasma. Makin lama difikirkan, makin lama tempoh yang diperlukan untuk mencapai orgasma hingga pasangan tidak mampu mencapai klimaks.

Jika seks berjalan baik, lupakan tentang waktu, fokus pada sentuhan pasangan untuk mencapai orgasma.

5. TIDAK CUKUP PELINCIR

Jika masih sukar untuk mencapai orgasma walaupun sudah melakukan aksi foreplay bersama, apa kata beli pelincir yang banyak dijual dalam pasaran. Pelincir akan mengurangi geseran antara wanita dan pasangannya, baik di dalam vagina atau di luar vulva. Wanita akan jauh lebih terangsang dibandingkan jika kulit kering.

APAKAH TANDA ANDA SUDAH CAPAI ORGASMA

capai orgasma

Berdasarkan kajian WebMD, seramai 10 peratus wanita yang berkahwin tidak pernah mencapai orgasma sama ada menerusi penetrasi penis – vagina mahupun masturbasi.

Jika anda masih keliru sama ada sudah mengalami orgasma atau tidak? Ini adalah antara tanda-tandanya:-

  • Otot gementar
  • Denyutan jantung meningkat tiba-tiba
  • Nafas laju

Apabila mencapai orgasma, anda akan menunjukkan respon fisiologi tanpa sedar.

BACA >>> Apa Perlu Buat Jika Mahu Ejakulasi Luar Untuk Elak Hamil?

BAGAIMANA MEMUDAHKAN WANITA CAPAI ORGASMA

capai orgasma

Wanita memerlukan kira-kira 20 minit rangsangan pertama bersama suami untuk memudahkan mereka mencapai orgasma. Mintalah bantuan suami untuk anda mencapai orgasma.

Orgasma selama foreplay meningkatkan peluang wanita untuk mencapai klimaks saat penetrasi. Jangan risau jika anda mengalami orgasma ketika foreplay, tidak perlu berhenti meneruskan aksi dengan suami. Bahkan orgasma semasa foreplay akan memudahkan anda terangsang dalam waktu yang lama.

SUMBER: HelloSehat | Liputan6.Com

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda