KANSER servik sering terjadi di bahagian leher rahim wanita atau di antara vagina dan kantung rahim yang disebabkan oleh virus HPV (Virus Human Papilloma) yang memiliki lebih dari 100 strain virus.

Kanser servik adalah disebabkan oleh virus HPV strain 16 dan 18. Buat masa ini salah satu pencegahan kanser servik adalah dengan menggunakan vaksin ini.

BACA>>> Jangkitan HPV Pada Bayi Dan Kanak-Kanak? Ketahui Punca Dan Simptom

BILAKAH KANAK-KANAK PERLU MENDAPATKAN VAKSIN HPV

Kanak-kanak perempuan disarankan mendapatkan vaksin ini pada usia 11 tahun. Manakala, kanak-kanak lelaki vaksin ini boleh diberikan mulai usia 11 tahun hingga 26 tahun.

Dengan vaksin ini, selain melindungi diri dari strain virus HPV yang menyebabkan penyakit kutil kelamin, laki-laki juga dapat menurunkan risiko penularan strain virus HPV penyebab kanser servik pada pasangan seksual kelak.

KENAPA KANAK-KANAK PEREMPUAN PERLU AMBIL LEBIH AWAL?

Vaksin ini paling ideal diberikan pada mereka yang belum aktif secara seksual kerana penularan virus ini terjadi melalui hubungan seksual. Semua orang dewasa yang aktif secara seksual yang belum pernah mendapatkan vaksin ini sebaiknya divaksinasi.

Wanita yang sudah aktif secara seksual harus melakukan pap smear terlebih dahulu sebelum menggunakan vaksin HPV.

Ujian ini adalah pemeriksaan sel lapisan leher rahim yang bertujuan untuk mengetahui apakah keadaan leher rahim masih normal atau sudah terjadi perubahan sel.

Jika hasil ujian pap smear normal, anda boleh mendapatkan vaksin HPV. Jika hasilnya tidak normal, doktor akan melakukan pemeriksaan lanjutan (biopsi/pemeriksaan invasif lain) untuk memastikan terjadi jangkitan HPV.

BACA>>> 5 Sebab Kenapa Wanita Tidak Perlu Risau Lakukan Ujian Pap Smear?

APAKAH PROSEDUR MENDAPATKAN VAKSIN HPV

Vaksin ini diberikan secara suntikan di lengan sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual berikut:

Suntikan Pertama: Tarikh pelalian pertama diberi di sekolah dan kllinik.
Suntikan Kedua: 1 bulan selepas suntikan pertama.
Suntikan Ketiga: 6 bulan dari suntikan pertama.

KESAN SAMPINGAN HPV

Kesan sampingan HPV tidak memudaratkan kepada individu seperti rasa sakit pada bahagian yang disuntik dan kemerahan pada bekas suntikan.

Manakala, kesan paling teruk boleh menyebabkan individu pengsan dan berlakunya pembekuan darah. Bagi mengelakkan pengsan, disaran untuk duduk selama 15 minit setelah menerima vaksin. Bagi pembekuan darah ia boleh beraku jika individu itu mengambil ubat oral.

Tanda-tanda sampingan lain:

  • Demam
  • Loya
  • Pening
  • Myalgia
  • Cirit-birit
  • Sakit kepala yang teruk
  • Hipertensi
  • Gastroenteritis
  • Bronchospasm

TIADA kesan sampingan berkaitan gangguan perilaku seksual atau kecelaruan perasaan atau keghairahan, keinginan untuk melakukan seks yang direkodkan akibat pengambilan vaksin HPV.

ADAKAH CARA LAIN ELAK KANSER SERVIK SELAIN VAKSIN HPV

Sudah mendapatkan vaksin HPV tidak semestinya terlindung sepenuhnya daripada kanser servik. Pengambilan vaksin ini hanya melindungi individu daripada beberapa strain virus HPV, bukannya semua!

Wanita yang sudah bersalin disaran untuk melakukan pap smear setiap 3 tahun untuk melihat perubahan pada dinding rahim dan mengesan kehadiran kanser servik lebih awal.

BACA>>> Benarkah Pil Perancang Punca Kanser? Baca Perkongsian Doktor ini

SUMBER: HelloSehat

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda