PERNAH atau tidak tiba-tiba pipi anak membengkak dan dia mengadu sakit. Masyarakat Melayu menggelarkan gejala beguk itu sebagai ‘bengkak cantik’! Sakitnya sampai susah hendak makan dan minum, termasuk menelan air liur pun terrasa sangat perit!

APAKAH BEGUK?

Beguk ialah sejenis ancaman kesihatan yang boleh dihadapi kanak-kanak berusia seawal tiga tahun, iaitu sejenis bengkak atau radang pada bahagian kelenjar air liur disebabkan virus mumps (kuman paramyxoviridae).

Proses pengeraman atau inkubasi beguk berlaku dalam 16-18 hari sebelum bengkak atau benjolan membengkak pada wajah anak.

BAGAIMANA TERJADI?

Beguk berpunca daripada jangkitan menerusi pendedahan kepada rembesan air liur seperti bersin, batuk atau ciuman. Beguk boleh berlaku pada kelenjar kiri dan kanan.

TANDA-TANDA GEJALA BEGUK

  • Bengkak pada kelenjar.
  • Sakit bahagian pipi di bahagian kelenjar. Lagi besar, lagi sakit.
  • Demam terlebih dahulu (semasa inkubasi) atau semasa ia membengkak.
  • Selesema dan batuk.
  • Ada juga mengalami sakit sendi dan anggota badan.
  • Rasa perit dan tidak selesa.
  • Sakit ketika menelan air liur dan kunyah.
  • Sakit telinga dan leher.
  • Kadanngkala sakit kepala akibat bengkak yang berlaku belakang telinga hingga dagu.

BAHAYA BEGUK!

Majoriti jangkitan ialah ringan dan akan pulih sendiri. Namun, segelintir kanak-kanak menghadapi risiko bahaya seperti berikut:

  • Radang otak atau encephalitis.
  • Meningitis atau radang selaput otak.
  • Orchitis atau radang testis (lelaki).

APA PATUT SAYA BUAT?

Tiada rawatan spesifik yang boleh diberikan kepada anak. Cuma doktor akan berikan ubat tahan sakit dan ubat demam. Selain itu:

  • Berikan anak minum banyak air putih dan rehat secukupnya.
  • Kuarantin atau asingkan anak yang mengidap beguk dengan memastikan dia tidur dan tinggal di bilik berasingan kerana beguk boleh berjangkit.
  • Sekiranya keluar rumah, pakai topeng penutup hidung dan mulut untuk menjaga kebersihan.
  • Pastikan tangan sentiasa bersih sebelum dan selepas bersentuh dengan anak yang sakit supaya nanti tidak berjangkit.

LANGKAH PENCEGAHAN

Beguk boleh dicegah melalui vaksin Mumps, Measles dan Rubella (MMR) ketika bayi berumur sembilan bulan (dos pertama) dan 12 bulan (dos kedua). Vaksin ini akan diberikan sekali lagi ketika anak berusia tujuh tahun.

Sayangnya ada kalangan kita yang ambil mudah tentang vaksin anak dan tidak mahu mengambilnya atas pelbagai alasan. Keadaan ini boleh menyebabkan virus beguk kembali.

Semoga bermanfaat!

SUMBER: Kawartha | The Diagnosa

3 KOMEN

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda