“ADIK, masuk tidur sekarang!  Esok sekolahkan?” Begitulah situasi setiap malam apabila anak disuruh tidur awal. Kalau tidak dipaksa, memang dia boleh berjaga sampai lewat malam.

Tabiat anak kecil yang selalu tidur lewat mungkin dianggap biasa bagi segelintir ibu bapa, tetapi ingat, ada bahaya menanti anak di masa depan. Semua manusia memerlukan masa tidur cukup untuk menjaga kesihatan, apatah lagi anak kecil.

Bukan setakat kesihatan, tidur juga penting dalam proses perkembangan anak dan meningkatkan konsentrasi dalam pembelajaran.

KEPERLUAN TIDUR ANAK

  • 0-2 bulan (12-18 jam
  • 3-11 bulan – 14-15 jam
  • 1-3 tahun – 12-14 jam
  • 3-5 tahun – 11-13 jam
  • 5-10 tahun – 10-11 jam

KENAPA PENTING TIDUR YANG CUKUP? 

  1. Supaya tidak letih dan dapat menumpukan perhatian terhadap kerja sekolah atau tugasan.
  2. Merangsang hormon tumbesaran ketika tidur yang membantu pertumbuhan fizikal dan mental.
  3. Kurang tidur mengurangkan oksigen ke otak dan mengurangkan fungsi kognitif. Anak sukar fokus dan payah menyelesaikan masalah.
  4. Supaya mampu fokus dalam jangka masa lama. Cukup tidur memudahkan pemerhatian dan pembelajaran perkara baru di sekeliling.

KESAN TERHADAP ANAK KURANG TIDUR

  • Minda anak jadi letih
  • Cepat menangis, cerewet, meragam, cepat marah dan mudah tersinggung.
  • Kurang fokus dalam pembelajaran.
  • Tumbesaran terganggu.
  • Masalah kesihatan.

Lebih teruk, anak boleh meragam akibat tidak cukup tidur hingga membuatkan kita hilang sabar dan hilang pertimbangan.


5 PERKARA MESTI BUAT SEBELUM TIDUR

  1. Pisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan.
  2. Tutup lampu bilik tidur supaya saraf mata boleh berehat dan tidur lebih aman.
  3. Bersihkan diri sebelum tidur, gosok gigi dan berwuduk.
  4. Pakai pakaian longgar dan selesa.
  5. Baca doa sebelum tidur.

SUMBER: Theryleys | Parents.com

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda