TAHAP obses mak-mak terhadap tupperware adalah misteri besar yang menghantui kehidupan suami dan anak-anak di seluruh dunia. Sudah menjadi perkara biasa jika anak merasa ibunya lebih menyayangi tupperware daripada anak kandungnya sendiri.

Para suami yang mendapat bekal makanan dalam sebuah tupperware yang cantik pula selalu memiliki perasaan takut dan waspada jikalau penutupnya hilang di pejabat.

KOLEKSI MAK-MAK

Walaupun koleksi di rumah sudah bertimbun, mak-mak tidak akan pernah jemu membeli. Jangan main-main dengan kasih sayang mak-mak terhadap tupperware miliknya. Mak-mak akan tahu kalau ada satu bekas yang tidak ada di tempat yang sepatutnya.

Bagi merungkai tahap obses para mak-mak di seluruh dunia, kami senaraikan beberapa sebab kenapa mak-mak terlalu sayangkan tupperwarenya.

BACA>>>> 7 Tip Rumah Kekal Bersih Walaupun Ada Anak Kecil


MERUNGKAI KENAPA MAK-MAK OBSES DENGAN TUPPERWARE

1. WARNA WARNI

Umumnya, wanita memang suka dengan sesuatu yang berwarna warni. Tupperware pula menawarkan pelbagai jenis bentuk dan warna menarik.

Jadi, mak-mak seluruh dunia merasakan hidupnya tidak lengkap kalau di rumahnya belum ada bekas dengan 9 jenis warna biru, 7 bekas warna merah dan 6 bekas warna kuning.

2. BENTUK UNIK

Dengan rekabentuk yang unik dan moden, mak-mak merasakan ia boleh melengkapi keperluannya di dapur. Asal ada sahaja keluaran terbaru, mesti mak-mak hendak beli. Katanya, fungsi setiap bekas itu berbeza.

3. KOLEKSI

Mak-mak memang suka buat koleksi. Harganya tidak terlalu mahal jika dibandingkan dengan emas dan berlian.

4. FUNGSI PELBAGAI

Bukan sahaja digunakan untuk simpan makanan. Setiap bekas itu ada fungsi yang berbeza. Ada sahaja alasan mak kalau hendak beli yang baru.

1 bekas khas untuk beras, 1 untuk bawang, 1 untuk spagethi, 1 untuk serbuk kopi dan macam-macam lagi.

5. KEBAHAGIAAN

Tupperware adalah sesuatu yang sempurna untuk menjadi wadah bekal makanan suami atau anak ke sekolah. Ada satu perasaan bahagia dan puas jika seseorang wanita masak sarapan dan masukkan masakannya ke dalam salah satu bekas dari koleksinya.

6. JAMINAN SEUMUR HIDUP

Jaminan seumur hidup yang ditawarkan buat mak-mak rasa terikat. Jika rosak, ia boleh digantikan dengan yang baru. Misalnya pecah, terkoyak, menggelupas, retak dan sebagainya. Sebab itulah mak-mak marah sangat jika tupperwarenya hilang.

7. KEPUASAN

Tupperware adalah satu alat atau perkakas dapur yang berkualiti tinggi. Jadi, mak-mak merasakan ada satu tahap kepuasan jika mereka dapat menggunakan alatan dapur yang berkualiti untuk seisi keluarga.

8. DISKAUN

Selalu sangat tawar diskau sampai 80 peratus. Bab diskaun inilah yang buat mak-mak semangat dan gelap mata. Walaupun model yang seakan-akan sama sudah ada di rumah, mak-mak tetap akan beli jika ada diskaun.

DILEMA SUAMI

Jadi, dengan alasan-alasan ini, sedikit sebanyak buat kita faham kenapa mak-mak obses sangat dengan tupperware.

Buat para suami yang tidak sengaja hilangkan tupperware milik isteri, disarankan agar ganti balik dengan model yang baru.

Luahan seorang suami…

“Aku terpaksa cakap masakan isteri tak sedap, jadi…. dia tak mahu masak lagi bekal untuk dibawa ke pejabat”…

“Sebenarnya bukan tak sedap, tapi aku dah penat bergaduh pasal tupperware isteri dah 4 kali hilang. Serik!!” 🙂

Mungkin selepas ini, anda juga boleh guna cara yang sama untuk elakkan bergaduh sebab tupperware lagi!

BACA>>>> 6 Jenis Perangai ‘Mak-Mak’ yang Buat Kita Menyampah

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda