SELALU kita lihat, kanak-kanak bermain dengan menyusun permainan mereka dengan begitu kemas dan teratur. Itu sebenarnya salah satu bentuk keseronokkan kanak-kanak dalam bermain.

Jangan risau, jika tidak disertai dengan gelaja lain yang membimbangkan, ia adalah normal bagi kanak-kanak.

Berikut adalah perkongsian Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak daripada Universiti Sultan Azlan Shah, Hazhari Ismail untuk rujukan bersama!

BACA>>> Apakah Jenis Permainan Sesuai untuk Anak Baru Lahir Hingga 5 Tahun?

“..menyusun mainan dengan sangat teratur…”

Dari perspektif psikologi kanak-kanak, menyusun barang permainan merupakan satu bentuk keseronokan untuk meneroka sekeliling.

Ia boleh terjadi kerana dua perkara iaitu pertama obsessive (keterlaluan) dan habitual (kebiasaan). Apabila mereka bermain seorang diri, mereka meletakkan ‘syarat’ kepada diri sendiri tentang bagaimana permainan itu perlu dimainkan.

Sebagai contoh, kanak-kanak akan menyusun kenderaan mini secara berbaris atau patung superhero kecil dari kuat hingga ke lemah.

Jika anak-anak lain bermain permainan ini dengan cara yang menyusun juga, maka ibu bapa tidak perlu risau kerana ia adalah sesuatu yang normal.

KEMAHIRAN AWAL MATEMATIK UNTUK KANAK-KANAK

Selain itu, di dalam memahami konsep awal matematik, terdapat beberapa konsep yang terlibat seperti sorting dan organizing barang-barang, di mana kedua-duanya merujuk kepada kemahiran menyusun dan mengorganisasi barangan.

Ini adalah kemahiran asas di dalam awal matematik untuk kanak-kanak. Sorting mendedahkan si kecil dengan nombor, corak dan penyelesaian masalah yang membawa kepada kemahiran menganalisis. Kemahiran menganilisis ini diperlukan dan ia wujud sebagai asas kepada kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan.

Begitu juga dengan organising, ia memberi pendedahan awal kepada warna, saiz, bentuk dan juga corak (pattern). Ia juga membantu dalam pembentukkan sikap yang positif dalam kehidupan seharian.

BACA>>> Jangan Bagi Anak Gigit Mainan Lama, Terutama Warna Kuning, Merah Dan Hitam

Contohnya, semakin meningkat dewasa kanak-kanak akan lebih mudah untuk mengemas katil dan bilik tidur, menyusun permainan yang bersepah, menyusun buku di dalam beg sekolah mengikut jadual harian dan sebagainya.

Tapi, ia tidaklah sampai ke tahap perfectionist sebab kemahiran ini masih lagi dikira sebagai kemahiran asas untuk manusia.

Yang kita perlu ajar jika anak itu bersepah, lepas itu kena kemas balik.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda