Kalsium ialah antara mineral penting yang diperlukan tubuh bayi untuk pertumbuhan tulang dan gigi, termasuk jantung dan sistem saraf.

Kekurangan kalsium biasa berlaku ke atas bayi dan sepatutnya tidak diambil mudah ibu bapa. Malah, tanpa pemeriksaan dan rawatan sepatutnya, masalah yang dianggap kecil itu mampu mendatangkan kesan buruk, termasuk kematian terhadap anak kecil.

BERAPA BANYAK KALSIUM DIPERLUKAN DALAM BADAN

  • 0 – 5 bulan memerlukan 400mg sehari
  • 6 bulan – 1 tahun memerlukan 600mg sehari
  • 1 – 10 tahun memerlukan 800mg sehari
  • 11 – 24 tahun memerlukan  1,200mg sehari
  • 25 – 50 tahun ke atas memerlukan 1,000mg sehari

BAGAIMANA KEKURANGAN KALSIUM BOLEH BERLAKU TERHADAP BAYI

1. KENCING MANIS KETIKA HAMIL

Jika kita mempunyai kencing manis ketika hamil, anak dalam kandungan berpotensi mengalami kekurangan kalsium dalam badan.

2. KOMPLIKASI KETIKA BERSALIN

Apabila kita mengalami kesukaran ketika proses bersalin, bayi mungkin akan kekurangan oksigen dalam badan.

3. PENGARUH UBAT YANG DIAMBIL KETIKA HAMIL

Jika pernah mengambil ubat antibiotik Gentamicin untuk rawatan antibakteria ketika hamil, ini akan menyebabkan bayi kurang kalsium.

4. IBU SENDIRI KURANG SUMBER KALSIUM DALAM BADAN

Ketika hamil, kekurangan Vitamin D dalam badan menyebabkan anak turut menerima kesan yang sama.

5. BAYI LAHIR PRAMATANG

Jika dilahirkan lebih awal dan belum matang, bayi boleh berpotensi mendapat kekurangan kalsium dalam badan.

6. SUSU FORMULA

Pemberian susu formula yang kaya kandungan fosfor.


TANDA-TANDA KEKURANGAN KALSIUM 

  1. Insomnia
  2. Otot kejang
  3. Penurunan denyut jantung
  4. Sawan akibat kurang oksigen ke otak
  5. Anemia
  6. Mudah marah
  7. Pertumbuhan bayi tidak optimum
  8. Sering berpeluh
  9. Kurang selera makan
  10. Sering menangis ketika malam
  11. Gangguan pertumbuhan rambut, rambut menjadi kuning dan jarang
  12. Kaki berbentuk huruf O
  13. Rakhitis
  14. Kepandaian anak berkurang
  15. Gigi rosak
  16. Alergi
  17. Gangguan penglihatan seperti rabun jauh

KESAN KEKURANGAN KALSIUM

1. GANGGUAN PERTUMBUHAN

Boleh menyebabkan gangguan ke atas pertumbuhan dan perkembangan garis epiphysel yang penting dalam pertumbuhan dan pertambahan tinggi badan.

2. KELAINAN PADA TULANG BELAKANG

Salah satu perkara yang mempengaruhi pertumbuhan tulang belakang ialah kurang kalsium dalam badan. Bayi akan mengalami kelainan pertumbuhan tulang belakang seperti kifosis, lordosis dan skoleosis.

3. KELAINAN PADA GIGI

Bayi mengalami gangguan pada pertumbuhan gigi kerana kalsium penting dalam pertumbuhan gigi dan tulang.


CARA CEGAH KURANG KALSIUM

1. BERIKAN SUSU IBU

Salah satu cara pencegahan terbaik mengatasi kekurangan kalsium ialah beri anak susu ibu.

2. JEMUR BAYI

Jemur bayi pada awal pagi yang tidak begiu terik selama 15-20 minit setiap hari. Cahaya matahari membantu meningkatkan penyerapan kalsium dalam badan anak.

3. DAPATKAN RAWATAN

Doktor akan menyediakan susu khas tinggi kalsium kepada bayi. Dapatkan nasihat pakar untuk rawatan lebih spesifik.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda