TIDAK dinafikan ramai wanita hamil khususnya kehamilan pertama kali masih keliru dengan hasil keputusan pemeriksaan air kencing yang dilakukan sendiri di rumah bagi mengesan kehamilan.

Kenapa jalur T pada UPT kabur? Adakah saya mengandung walaupun jalur UPT tersebut tidak jelas?”

Bagi menjawab segala keraguan dan kerisauan tersebut, Jururawat Terlatih Bel Nawhen berkongsi tentang ujian kehamilan dengan terperinci untuk maklumat semua.


Urine Pregnancy Test (UPT)

Ujian ini adalah bagi mengesan kandungan hormon HCG (Human Chorionic Gonadothropin) yang dikeluarkan.

Alat ini membantu mendiagnosa kehamilan.

Bila Waktu Sesuai Melakukan UPT?

• Dua minggu selepas missed period.

• Awal pagi sebelum sarapan tatkala kepekatan HcG tinggi dalam urin. (Kepekatan boleh berkurang apaba kita kerap minum air dan kencing terutama di awal kehamilan atau waktu tengah hari dan petang)

• Ambil midstream urin (iaitu kencing sedikit dahulu, tahan dan kemudian tadah lebihan kencing di dalam container disediakan).

** Pastikan strip tidak expired
** Baca arahan dahulu sebelum menggunakannya.

Apa maksud C dan T pada strip UPT

C (Control) – Memberitahu sama ada ujian dilakukan dengan betul atau tidak.
T (Test) – Keputusan Ujian.

Mengapa jalur pada T kabur?

1. Terlalu awal melakukan ujian.
2. Kepekatan HcG yang rendah.

Walaupun begitu, ia tetap dikira positif. Tetapi bagi memastikan ia adalah tepat boleh lakukan lagi pada 2 atau 3 hari kemudian.

Kehamilan lebih tepat lagi boleh dikesan melalui ujian darah bagi menguji kehadiran HCG dan ultrasound bagi melihat kandungan.

Bila boleh booking?

Bila-bila masa sahaja bagi ibu yang tidak pernah mengalami komplikasi atau masalah di kehamilan lepas atau seawal 10 – 12 minggu mengikut klinik.

Jika ada sejarah kehamilan seperti ectopic pregnancy (Hamil luar rahim), booking perlu dibuat awal mungkin.

Beritahu staff terlibat mengapa anda booking awal terutama bagi kes yang telah saya beritahu sebagai contoh. Bawa buku lama sekali agar sejarah lepas boleh dikenalpasti.

Apa yang perlu bawa semasa booking?

  1. Kad Pengenalan
  2. Surat Nikah
  3. Surat rujukan dari klinik lain atau salinan scan bayi dan ujian darah yang mengesahkan anda hamil (jika ada)

** Jangan lupa untuk ingat tarikh HARI PERTAMA period anda yang TERAKHIR.

Notakaki: Disebabkan masih ada yang tanya tentang kehamilan dan UPT mereka di group-group ibu hamil maka post ini pun diulangsiar.

#BelNawhen
#SayaJururawat

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda