MENYUSU anak bukanlah satu perkara yang mudah bagi setiap ibu kerana jika ada ibu yang boleh menyusukan anaknya hingga usia 2 tahun sudah dianggap satu pencapaian yang terbaik.

Salah satu perkara yang sering melanda ibu menyusu adalah cepat haus dan lapar. Bagi mereka yang tertanya-tanya bagaimana keadaan ini boleh berlaku? Ini penjelasan Dr Zubaidi Hj Ahmad.

BACA>>> Makanan Kesukaan Ibu Menyusu Boleh Jadi Milk Booster? Baca Penjelasan Doktor Ini…

MENYUSUKAN BAYI ADALAH JIHAD WANITA

Dalam satu Journal Clinical Endocrinology, memberitahu bahawa kehausan yang dirasakan oleh wanita yang menyusukan bayi ada kaitan dengan proses fisiologi yang menjaga keseimbangan cecair dalam tubuh (osmoregulation).

Ini berlaku apabila bayi mula menghisap susu ibunya (suckling) menyebabkan kepekatan hormone oxytocin meningkat dalam darah dan seterusnya menyebabkan rasa haus pada ibu dan menggalakkan mereka untuk minum lebih banyak air.

(Rujuk: Clinical Endocrinology (Oxf). 1995 Sep;43(3):277-82).

Hormone oxytocin juga merangsangkan pengeluaran garam sodium dikeluarkan dari (di bahagian distal tubule dan collecting duct) dalam ginjal.

Garam sodium ini kemudiannya menarik lebih banyak air dari tubuh untuk keluar melalui ginjal bersama-samanya. Kerana itu, adakalanya hormone oxytocin yang dikeluarkan menyebabkan wanita yang menyusukan anak mudah mengumpul air kencing di pundi kencing dan cepat rasa mahu kencing.

(rujuk: Huang, W., S. L. Lee, and M. Sjöquist. Natriuretic role of endogenous oxytocin in male rats infused with hypertonic NaCl. Am. J. Physiol. 268 (Regulatory Integrative Comp. Physiol. 37): R634–R640, 1995)

Oleh kerana air kencing banyak dikeluarkan, dengan proses osmoregulation, dalam keadaan di mana tubuh mengalami kekurangan air akan menyebabkan rasa haus. Ini menyebabkan kulit dan bibir boleh menjadi kering.

Namun begitu, peningkatan hormone oxytocin dalam tubuh memberikan kesan yang berbeza-beza kepada setiap wanita. Jika beliau sensitif terhadap hormon ini, sudah tentu ia memberikan kesan yang lebih berbanding dengan wanita lain.

BACA>>> 7 Tip Turunkan Berat Badan Ketika Menyusukan Anak

Selain itu, hormone oxytocin juga menyebabkan rasa panas (hyperthermia) dalam tubuh kerana memyebabkan kesan mengembangkan saluran darah. Jika terlalu banyak salur darah yang mengembang, ia alan menyebabkan tekanan darah menjadi rendah pula.

(rujuk: Richard, P., F. Moos, and M. J. Freund-Mercier. Central effects of oxytocin. Physiol. Rev. 71: 331–370, 1991).

Jadi proses menyusukan anak, bukanlah suatu proses yang mudah. Malah ia adalah proses yang kompleks. Ia adalah JIHAD wanita membesarkan anaknya.

SUMBER: Dr Zubaidi Hj Ahmad

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda