MENGIKUT agama Islam, ibu hamil tidak digalakkan keluar pada waktu malam kerana pada waktu itu, jin banyak berkeliaran dan dikhuatiri mendapat gangguan hingga menyebabkan rasa takut.

Walaupun tidak ada bukti jelas tentang gangguan ini tetapi ibu hamil masih tidak disarankan untuk keluar malam. Ini keluar malam boleh mendatangkan masalah kesihatan kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Berikut adalah 5 sebab kenapa ibu hamil tidak digalakkan untuk keluar malam.

1.  MENINGKATKAN PERASAAN TAKUT PADA IBU HAMIL

Ibu hamil mengalami perubahan hormon yang sangat ketara ketika kehamilan hingga menyebabkan perasaan mereka sangat sensitif dan boleh menyebabkan rasa takut. Kadang-kadang ibu hamil mempunyai perasaan takut diganggu oleh jin dan makhluk-makhluk yang tidak boleh dilihat. Rasa cemas boleh menyebabkan kita mengalami kecederaan sekiranya berlari atau memandu dalam keadaan takut.

2. PENYAKIT BERJANGKIT

Jika kita keluar pada waktu malam dikhuatiri mendapat denggi akibat gigitan nyamuk Aedes dan serangga pada waktu malam. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan rasa gatal dan tidak selesa kepada ibu hamil.

3. BAHAYA ANGIN MALAM

Udara atau angin malam boleh menyebabkan beberapa penyakit untuk ibu hamil terutamanya jika ibu hamil sudah sedia tidak sihat. Angin malam boleh menjadi punca kita sesak nafas yang mengundang penyakit seperti jangkitan paru-paru dan penyakit asma. Keadaan ini terjadi kerana angin malam cenderung lebih banyak mengandungi karbon dioksida daripada oksigen.

4. PENYEBAB ASMA

Angin malam boleh menyebabkan ibu hamil mendapat Asma. Apabila terjadinya asma saluran udara menjadi lebih sempit dan menghasilkan banyak lendir. Kemudian saluran pernafasan tidak boleh menyerap oksigen secara maksima hingga menyebabkan kita batuk berterusan. Keadaan ini sangat bahaya kepada keguguran dan janin tidak mendapat oksigen yang cukup.

5. RADANG SENDI

Sakit sendi dan tulang adalah perkara normal kepada setiap ibu hamil. Sakit sendi terjadi disebabkan oleh penyerapan kalsium oleh bayi dalam tubuh ibu. Jika ibu hamil terdedah dengan angin malam boleh menyebabkan sakit sendi semakin teruk hingga sendi mejadi bengkak.

SUMBER: Hamil.Co

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda