SETIAP kali pemeriksaan kandungan di klinik ibu dan anak, berat badan ibu hamil akan ditimbang untuk memantau perkembangan berat badan ibu sepanjang kehamilan.

Jangan marah jika ada jururawat minta anda mengurangkan atau mengawal pemakanan untuk mengelakkan penambahan berat badan! Nak tahu kenapa?

Baca perkongsian Dr Muhammad Izzat Abdul Razak ini untuk maklumat ibu semua! Semoga bermanfaat.

BACA>>> 8 Tip Kekal Berat Badan Ideal Sepanjang Kehamilan

RISIKO BMI BERLEBIHAN SEMASA MENGANDUNG

1. THROMBOSIS

Trombosis adalah darah beku kat kaki atau darah beku ini boleh bergerak dan sekaligus menyumbat salur darah pada peparu dipanggil pulmonary embolism. Kehamilan itu sendiri meningkatkan peluang ibu mengandung untuk dapat thrombosis.

Kalau berat badan berlebihan + mengandung = lagi senang nak dapat masalah ini. Risiko untuk dapat thrombosis ini akan dinilai oleh doktor masa memula anda datang jumpa doktor utk buka buku pink. Kalau perlu anda akan dimulakan ubat untuk mencairkan darah yang diberikan secara suntikan.

2. KENCING MANIS SEMASA MENGANDUNG

Kalau BMI 30 dan ke atas, anda TIGA KALI lebih senang nak kena kencing manis masa mengandung kalau nak bandingkan dengan orang yang BMI mereka bawah 25.

Nak tahu ada kencing manis ke tak masa mengandung nanti doktor suruh minum air gula antara minggu 24 ke minggu 28 kehamilan. Kalau ada kencing manis nnti rawatan dan follow up dah lain. Kena pegi jumpa pakar O&G.

3. DARAH TINGGI DAN PRE ECLAMPSIA

BMI 30 atau lebih risiko dapat pre eclampsia 2-4 kali lebih tinggi berbanding dengan mereka yang BMI 25 dan kebawah.

Bertambah-tambah senang lagi kalau:-

  • Umur lebih 40 tahun
  • Pernah ada pre eclampsia kehamilan yang sebelumnya
  • Tekanan darah dah memang tinggi sebelum mengandung lagi

Kalau ada faktor ini dan faktor-faktor lain, doktor akan mulakan ubat aspirin seawal 12 minggu. Biasa sebijik dalam 300mg. So nanti korang kena belah 4, makan suku, sehari sekali.

1. MASALAH MENTAL

Berat badan berlebihan akan meningkatkan masalah mental masa mengandung dan selepas melahirkan.

BACA>>> Kenapa Keguguran Kerap Berulang? Ketahui Punca dan Rawatannya

RISIKO PADA BAYI JIKA IBU BERAT BADAN BERLEBIHAN

1. Peluang keseluruhan untuk keguguran 1 dalam 5 (20%) –  tidak kisah kurus atau berat badan berlebihan. Tapi kalau anda berat badan berlebihan BMI 30 dan ke atas peluang untuk gugur 1 dalam 5 (25%).

2. Kalau berat badan berlebihan sebelum mengandung, boleh menganggu pembentukan bayi dalam rahim. Keseluruhan 1 dalam 1000 bayi lahir dengan masalah neural tube defect, tapi jika BMI anda lebih 30 risiko ini BERGANDA jadi 2 dalam 1,000.

3. Kalau berat badan berlebihan, peluang untuk dapat baby besar dengan berat 4kg atau lebih itu tinggi. Apa yang tidak bagusnya? Komplikasi bersalin seperti koyakkan teruk sampai lubang dubur, bahu sangkut, peluang untuk kena caesar pun meningkat. Kalau BMI anda lebih 30, risiko ini BERGANDA dari 7 dalam 100 jadi 14 dalam 100 jika kita bandingkan dengan mereka yang BMI 20 – 30.

4. Kalau BMI berlebihan masa mengandung, anda kena ada scan tambahan untuk periksa tumbesaran bayi, kedudukan. Biasanya misi guna pita pengukur saja nak ukur saiz rahim, tapi kalau BMI anda lebih 35 tidak boleh ukur rahim guna pita pengukur ni, memang kena scan lah jawabnya.

5. Risiko keseluruhan untuk bayi meninggal tetiba 1 dalam 200. Kalau BMI lebih 30, risiko meningkat 1 dalam 100 kelahiran.

So. Nak mengandung? Dapatkan berat badan ideal dulu sebelum mengandung. Kalau sudah mengandung dengan BMI berlebihan, tidak boleh buat apa dah. Jangan pula bersenam bagai nak ‘rak’ bila da mengandung – no point, sebaliknya berbahaya kepada anda.

Yang paling bagus adalah pencegahan. KURUSKAN BADAN sebelum bercadang untuk mengandung. Bagaimana? Anda mesti tahu jawapannya. Buang pil kurus jauh-jauh ok?

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda