STATISTIK peningkatan tahap obesiti dalam kalangan kanak-kanak kebelakangan ini meningkat berikutan kurangnya penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti fizikal.

Pendedahan kepada gajet menjadi salah satu punca kanak-kanak kurang minat melakukan aktiviti fizikal di luar. Jangan biarkan anak kita menjadi sebahagian daripada penyumbang peningkatan obesiti. Galakkan anak kita melakukan aktiviti luar yang berterusan untuk kehidupan lebih sihat.

Artikel dibawah berhubung pentingnya kanak-kanak melakukan aktiviti fizikal kepada kesihatan tubuh badan mereka.

KENAPA KANAK-KANAK PERLU BERSENAM

Masalah penghadaman adalah perkara biasa dan boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Selain daripada menjaga pengambilan makanan, memastikan bahawa anak kita mengekalkan gaya hidup yang aktif juga akan memberi kesan positif kepada kesihatan sistem penghadamannya. Kerap bersenam boleh membantu anak kita mengekalkan tubuh yang sihat dan juga membantu sistem penghadamannya berfungsi dengan lebih baik.

BAGAIMANA BERSENAM BAIK UNTUK PENGHADAMAN?

  • Kerap bersenam boleh merangsang pengecutan otot usus seterusnya mengawal pergerakan usus mereka.
  • Membantu mengurangkan sembelit dengan menggerakkan makanan melalui sistem penghadaman mereka.
  • Menyerap nutrien dengan lebih baik.
  • Berasa lebih sihat dan cergas semasa bersenam.
  • Membantu penyaluran gas melalui saluran penghadaman dengan lebih cepat.
  • Mengekalkan kekerapan melakukan aktiviti fizikal akan membantu mencegah obesiti, masalah ketidakhadaman dan divertikulosis.

APA PERLU IBU BAPA LAKUKAN UNTUK GALAKKAN ANAK BERSENAM?

  • Menggalakkan gaya hidup aktif.
  • Tidak menggalakkan aktiviti yang tidak aktif contohnya terlalu lama bermain permainan komputer atau menonton TV.
  • Hadkan masa menonton TV.
  • Melibatkan mereka dengan kerja-kerja rumah, sukan dan permainan lain.
  • Mengajar mereka mengenai kepentingan menjadi aktif secara fizikal.

IBU BAPA PERLU JADI CONTOH GAYA HIDUP SIHAT

  1. Pastikan kita mengamalkan gaya hidup aktif dengan melakukan aktiviti fizikal kerana  kanak-kanak cenderung untuk mengikuti gaya hidup ibu bapa mereka.
  2. Memastikan sebahagian daripada jadual harian anak kita diperuntukkan untuk aktiviti fizikal seperti permainan, sukan atau apa-apa bentuk permainan tidak berstruktur lain.

APAKAH JENIS SENAMAN YANG DISARANKAN UNTUK KANAK-KANAK

Sentiasa bersederhana dalam melakukan aktiviti fizikal, kerana kalau kita keterlaluan membuat aktiviti, ianya boleh menyebabkan kemudaratan terutama kepada saluran penghadaman dan usus.

Senaman secara sederhana dan berterusan boleh menjadi mangkin kepada perlindungan terhadap kanser kolon, penyakit diverticular dan sembelit. Manakala, senaman yang keterlaluan atau berat boleh menyebabkan rasa loya, muntah, sakit perut dan pendarahan gastrousus.

  • Elakkan daripada melakukan senaman yang berat selepas makan atau ia boleh menyebabkan kembung dan sembelit.
  • Tekanan juga memberi kesan kepada kesihatan sistem penghadaman; elakkan daripada melakukan senaman yang berat semasa berasa tertekan.
  • Elakkan daripada memberi tekanan yang tidak munasabah kepada anak contohnya menetapkan jadual yang tidak memberi peluang langsung untuk mereka berehat atau bersantai.

SUMBER: MyPositiveParenting

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda