ADA sebabnya kenapa wanita yang bersalin secara ceasarean atau pembedahan hanya dibenarkan melahirkan sebanyak 3 kali. Banyak risiko yang perlu dihadapi oleh ibu hamil ketika melahirkan.

Bagi yang masih ragu-ragu tentang perkara ini baca perkongsian jururawat terlatih ini, Bel Nawhen untuk pengetahuan bersama.

Kenapa saya baca kat facebook si polan tu, multiple caesarean boleh beranak normal?”

Saya ada baca facebook sipolan tu pula, boleh je lebih 3 kali caesarean

1. Jika sipolan itu bercakap hanya berdasarkan hearsay. Tidak payah percaya.
2. Jika sipolan itu caesarean pun tidak pernah, tidak perlu percaya.
3. Jika sipolan itu bukan doktor yang ada kepakaran O&G dan bidang berkaitan, tidak perlu percaya.
4. Jika sipolan itu, pandang rendah ibu caesarean dan terlalu memuliakan yang melahirkan normal, tidak payah dengar cakap dia.

Caesarean berulang ada banyak risiko. Sebab itu hanya 3 kali caesarean sahaja dibenarkan.

BACA>>> Kenapa Ibu Bersalin Caesarean Perlu Jarakkan Kehamilan?

KENAPA TIDAK BOLEH  CAESAREAN LEBIH 3 KALI?

Rahim anda bukan duduk sendirian berhad di dalam kaviti dia. Dia berjiran dengan usus dan punci kencing. Memang laga-laga pipilah senang cakap. Tapi, bila dah kerap caesarean, mereka ni bukan takat boleh laga pipi, boleh melekat antara satu sama lain, silap-silap poligami sesama mereka pula. Rahim poligami dengan pundi kencing atau usus. Dah jadi cinta 3 segi. Pakar pun ‘bercinta’ nak leraikan perlekatan itu.

Bila lekat, adalah potensi luka atau cedera waktu nak pisahkan. Kalau melekat macam kembar siam, boleh sampai terpotonglah usus dan pundi kencing. Kena repair pula. Panggil doktor pakar pembedahan pula. Akibatnya kena pakai tiub kencing untuk tempoh masa tertentu sebab nak bagi masa untuk pundi kencing sembuh. Kalau usus kena, teruk melekat, nak pakai beg najis ke?

Sebab itu kita hadkan kehamilan untuk 3 kali sahaja bagi kes 3 caesarean. Kali keempat, macam-macam boleh jadi.

Bukan tidak ada kes caesarean kedua pun kes perlekatan dia sangat teruk hingga makan masa berjam-jam nak leraikan masalah yang melanda.

Leraikan perlekatan (adhesion) ni bukan macam leraikan simpulan kasih atau masalah yang kusut. Dalam kavity abdomen, otot serta rahim ada banyak salur darah. Nak hentikan perdarahan Itu satu hal. Eh, nurse pun berpeluhlah selagi tIDak berhenti berdarah. Lepas Itu, ada pula parut-parut di kawasan pembedahan lama. Itu yang makan masa lama proses pembedahan.

BACA>>> Tidak Tahan Sakit Bersalin, Minta Lakukan Ceasarean? Doktor Ini Kongsi 5 Risiko Utama

Nasihat saya:

1. Dengar nasihat pakar. Mereka sudah selia dan rawat banyak kes mengikut tempoh perkhidmatan mereka.
2. Bersyukur dengan rezeki zuriat yang ada. Nak 1 team bola sepak pun, fikirkan kesihatan diri sendiri dan kualiti zuriat yang boleh kita capai melalui didikan sempurna.
3. Suami pula, jangan pentingkan diri sendiri. Tidak kurang kejantanan kalau ada 3 anak.
4. Isteri pun belajar terima kekurangan dan kelebihan diri. Caesarean tidak langsung mengurangkan sifat keibuan anda.
5. Jangan layan krt dan info ibu hamil mengarut.
6. Jangan dengar cakap orang.

#BelNawhen
Jururawat Terlatih Anda

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda