ASAL menyusu saja mesti dia tertidur. Begitulah ragam si kecil, terutama jika masih baru melihat dunia dan menyusu badan. Ibu pun sekali terlena selepas tengok anak tidur.

Perkara ini bukan pelik dan normal di kalangan bayi baru lahir. Bagaimanapun menurut pakar kanak-kanak, bayi yang tidur sambil menyusu dikhuatiri tidak kenyang.

Jadi, apakah sebab bayi mudah tertidur ketika menyusu? Apakah penyebab bayi mengantuk dan adakah memberikan kesan ke atas bayi? Apa kata kita fahami kenapa situasi itu berlaku terjadap bayi?

APA YANG MENYEBABKAN BAYI MUDAH TERLENA KETIKA MENYUSU

Berdasarkan kepada konsultan laktasi di Ottawa, Beth Mcmilan berkata, bayi tertidur ketika menyusu kerana rasa sangat selesa hingga buatkan dia tertidur. Keadaan ini disebabkan komposisi susu dan respon hormon bayi ketika menyusu.

Dalam keadaan lapar, anak akan menangis dan apabila perut penuh akan memudahkan anak yang tertidur.

BAHAYA ATAU TIDAK TIDUR KETIKA MENYUSU?

Bagaimanapun, keadaan ini tidak boleh dibiarkan kerap berlaku kerana dikhuatiri anak kita tidak kenyang hingga menyebabkan mereka kurang minum susu yang boleh mengundang kepada dehidrasi dan kekurangan zat daripada susu.

Jadi, kita perlu bantu anak supaya terus bangun ketika menyusu hingga mereka benar-benar kenyang. Sebab itu, penting setiap ibu perlu mengetahui tanda-tanda sekiranya anak belum kenyang seperti:

1. Anak akan mengerakkan mulut seperti sedang menyusu.
2. Mengerakkan kepala mencari payudara ibu.

Sebaliknya, tanda-tanda anak kenyang ialah:

1. Payudara rasa kosong.
2. Bayi kelihatan tenang dan puas.

BAGAIMANA CARA PASTIKAN ANAK BANGUN KETIKA MENYUSU

1. BERMAIN DENGAN KAKI

Ketika anak sudah mula menunjukkan tanda-tanda mahu tidur, kita main dengan kaki seperti menggosok sambil mengeluarkan suara lebih riang supaya anak tidak mengantuk.

2. SELALU TUKAR POSISI

Rajinlah tukar posisi anak menyusu atau pindahkan anak menyusu di payu dara sebelah satu lagi.

3. GOSOK BIBIR

Gosok lembut bibir anak supaya dia terus menyusu walaupun sudah tertidur.

4. SAPU SUSU PADA MULUT

Sapu sedikit susu pada mulut anak, ia akan menyebabkan anak kita akan mencari payudara ibunya.

NOTA: Selesai menyusukan bayi, jangan biarkan anak terus terlena. Sebaiknya sendawakan anak terlebih dahulu. Selepas sendawa, letak anak dan tidurkan semula. Ibu juga boleh baca pautan artikel ini untuk mengetahui posisi menyusu manakah yang sesuai: 5 Posisi Menyusu Anak Dengan Betul Yang Ibu Perlu Tahu

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda