ADAKAH anda antara ibu bapa yang berdepan masalah bayi berdengkur macam orang dewasa ketika tidur? Adakah bunyi dengkur itu normal dan apakah perlu ibu buat untuk menghadapi situasi tersebut?

Jika mengalami masalah tersebut, jangan panik! Sebenarnya, dengkuran anak itu bukan seperti yang kita fikirkan dan sebenarnya berpunca daripada sistem pernafasannya yang belum sempurna.

APAKAH PUNCA BUNYI SEPERTI BERDENGKUR?

Bunyi sama seperti berdengkur itu berpunca daripada sistem pernafasan bayi. Ia terjadi daripada selaput dan cecair di sekitar saluran pernafasan. Selaput dan cecair itu kemudian bergetar ketika bayi sedang tidur. Jadi ibu jangan panik OK!

BILA ‘DENGKUR’ AKAN HILANG?

  • Lama-kelamaan bunyi seakan dengkur itu akan hilang seiring usia bayi meningkat.
  • Bunyi juga beransur hilang apabila gigi bayi mula tumbuh.
  • Apabila bayi sudah boleh menelan air liur, bunyi dengkuran juga akan hilang.

Bagaimanapun, jika bunyi tidak juga hilang walaupun bayi sudah membesar, ibu mesti berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Risau juga kalau bayi ada masalah lain pada saluran pernafasan.

TIP ATASI HIDUNG BAYI TERSUMBAT LENDIR HINGUS

1. SEDUT HINGUS

  • Guna penyedut hingus (nasal aspirator) khas untuk bayi, boleh beli di farmasi.
  • Cuci dan bersihkan bahagian tiub yang akan dimasukkan ke dalam hidung bayi dengan cara steril atau kapas yang dicalit alkohol 70 peratus.
  • Tenangkan bayi sebelum mulakan proses menyedut. 
  • Masukkan alat ke dalam hidung bayi, tetapi jangan terlalu dalam. Bahagian hujung getah yang berfungsi menyedut mesti dalam keadaan dipicit, dan lepaskan perlahan-lahan apabila sudah dalam hidung.

2. TITIS NACL FISIOLOGI

Gambar hanya contoh
  • Boleh mencairkan hingus dan melembapkan selaput dalam saluran pernafasan bayi. Ubat titik hidung ini mengandungi 0.9 peratus NaCl Fisiologi (20 ml) yang boleh dibeli di farmasi.
  • Cara guna NaCl adalah memasukkan sedikit bahagian hujung pipet dan titiskan (pipet boleh dibeli di farmasi).

3. WAP AIR PANAS

  • Udara lembap daripada air hangat dapat menghilangkan ketulan hingus.
  • Lakukan cara ini secara ‘nebulizer’. Isikan semangkuk air hangat dengan titisan minyak kayu putih.
  • Letak air hangat tersebut dalam bilik, terutama di ruang udara dapat mengalir.

4. BUANG BENDA RISIKO ALERGI 

  • Benda yang berdebu boleh menyebabkan punca hidung bayi tersumbat.
  • Buang dan cuci debu di rumah dan sekitar kawasan tempat tidur bayi.
  • Letakkan haiwan peliharaan berbulu di luar rumah.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

SUMBER: Petua Idea | New Kids Centre

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda