SEDAR atau tidak, kanak-kanak terutamanya yang masih kecil suka cakap kuat iaitu dalam nada suara yang seolah-olah menjerit, nyaring pula itu. Malu juga bila orang lain tengok kelakuan anak kita kan.

Bukan itu saja, bila sudah menjadi kebiasaan, kita pula yang naik rimas, kan? Sebenarnya kanak-kanak berbuat begitu ada sebabnya.

Mahu tahu sebabnya? Berikut adalah perkongsian perkongsian Pakar Motivasi Keibubapaan, Ibu Rose  tentang punca dan cara menangani perkara ini di kalangan kanak-kanak.

*Status di bawah sudah disunting tanpa menjejaskan maksud kandungan asal penulis. Status sebenar boleh dirujuk pada pautan di akhir artikel. Harap maklum.

BACA>>> Anak Lambat Bercakap Boleh Pengaruhi Kemahiran Membaca dan Menulis

KENAPA ANAK-ANAK KECIL BERCAKAP KUAT-KUAT?

1. MAHU DAPATKAN PERHATIAN

Sebab bila anak kita bercakap perlahan kita tidak beri dia perhatian.

2. IKUT PERBUATAN ORANG DEWASA

Dia mungkin melihat orang dewasa bercakap kuat-kuat. Di televisyen selalu ada adegan orang marah dan cakap kuat-kuat.

3. BUNYI SEKELILING YANG BISING

Lagi pun bila bunyi bising, contohnya lagu dipasang kuat dalam kereta atau bunyi enjin kuat, anak-anak itu cuba ambil perhatian lalu bercakap kuat.

Itu sebabnya cara mengubat yang paling mujarab, beri perhatian bila dia minta sesuatu, dengar dan beri tumpuan.

BAGAIMANA MAHU CARA ELAK ANAK TERUS CAKAP KUAT?

1. Beri perhatian dengan apa yang anak kita mahu sampaikan. Melutut dan pandang wajahnya.

2. Respon pada keinginannya dengan suara perlahan dan tidak menjerit. Sama ada anda akan penuhi atau tidak, itu perkara ke dua.

3. Dimasa yang lain, selalulah pesan dan ingatkan anak kita, jika dia hendak sesuatu, minta dengan baik, cakap dengan suara tidak menjerit dan nyatakan kalau dia menjerit anda tidak akan layan permintaannya.

4. Jangan layanlah jika dia menjerit.

Mudah kan.

BACA>>> Sekali Tengking Berjuta Sel Otak Rosak, Ini 7 Bahaya Tengking Anak Sesuka Hati

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda