SETIAP kanak-kanak perkembangan mereka berbeza, sebab itu ada yang boleh berjalan seawal 10 bulan dan sebaliknya. Ini ibu bapa kena faham, jangan terlalu taksub anak jalan awal hingga kita stres.

Apa yang kita perlu risau adalah apabila anak tidak tahu berjalan selepas usia  18 bulan! Kita didikehendaki berjumpa dengan pakar bagi mengenalpasti punca kelewatan anak berjalan.

Berikut adalah punca-punca kenapa anak tidak tahu berjalan yang semua ibu bapa perlu ambil tahu perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan.


Doktor, anak saya dah umur setahun, tapi masih belum boleh berjalan. Normal tak?”

Kebanyakan kanak-kanak sudah mampu berjalan pada sekitar umur antara 10-14 bulan.

Kanak-kanak dikategorikan sebagai kanak-kanak yang lewat berjalan sekiranya belum mampu berjalan semasa umurnya mencecah 18 bulan.

Apakah punca kanak-kanak lewat berjalan, ya?”

BACA>>> Baby Walker Jejas Perkembangan Bayi Berjalan, Berisiko Cedera – Doktor

Antara faktor-faktor yang boleh menjadikan kanak-kanak lewat berjalan adalah:

1. KETURUNAN

Sekiranya ibu atau bapa kanak-kanak itu lewat berjalan semasa mereka kecil, maka anak mereka mungkin menghadapi masalah yang sama.

2. KELAHIRAN PRAMATANG

Bayi yang dilahirkan pramatang lazimnya mengalami sedikit kelewatan perkembangan secara keseluruhan termasuk lewat berjalan.

3. CEREBRAL PALSY

Masalah saraf disebabkan kecederaan pada otak kanak-kanak yang sedang berkembang. Ia menjejaskan koordinasi otot dan pergerakan.

4. MASALAH OTOT

Penyakit seperti muscular dystrophy, spinal muscular atrophy dan congenital myopathy menyebabkan banyak otot menjadi lemah.

5. MALNUTRISI DAN PENYAKIT KRONIK

Kekurangan zat dan penyakit berlarutan menjejaskan perkembangan fizikal kanak-kanak dan secara tidak langsung jejaskan pergerakannya.

6. MASALAH BENTUK KAKI

Kondisi seperti keting bengkok (bow leg), tinjit (talipes equinus), CTEV, kaki tidak sama panjang (leg length discrepancy) yang ketara.

BACA>>> Bayi Lahir Dengan Kaki Bengkok? Teknik Rawatan Ini Boleh Betulkan Kedudukan Kaki

Bila saya perlu bawa anak saya untuk pemeriksaan sekiranya disyaki lewat berjalan?”

Pada umur setahun, semasa ketika pengambilan suntikan imunisasi, doktor akan menilai perkembangan anak ia termasuk kebolehan berjalan.

Secara umumnya, kanak-kanak yang tidak mampu berdiri pada umur setahun dan tidak berjalan semasa berumur 18 bulan akan dirujuk kepada pakar kanak-kanak.

Rujukan kepada pakar kanak-kanak adalah untuk pemeriksaan lanjut. Jika tiada apa-apa, anak hanya akan dipantau. Jika ada masalah dikesan, maka rawatan akan dimulakan.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda