MUSIM cuti sekolah ini salah satu aktiviti ibu bapa sering lakukan adalah membawa anak tengok wayang. Tidak salah bawa anak yang sudah faham tetapi kasihan pada kanak-kanak yang seakan-akan dipaksa tengok.

Lagi-lagi tengok cerita lewat malam, anak tahan mengantuk, menangis sebab mahu tidur, menangis bosan hingga menganggu orang lain. Adakah ibu bapa tidak berasa bersalah?

Jika anda jenis ibu bapa yang kaki wayang, bolehlah ikuti penyelesaiannya yang ini.

TREND BAWA ANAK KECIL MENONTON WAYANG KEMBALI!

Setiap kali hujung tahun pasti banyak movie baru yang menarik di pawagam. Sebagai contoh sekarang tengah trend adalah Polis Evo 2.

Maka berbondonglah manusia mengunjungi pawagam tidak mengira masa lebih-lebih lagi cuti sekolah.

Tidak kurang juga ibu bapa yang memang kaki wayang ‘terpaksa’ bawa anak kecil ke pawagam bagi memenuhi hasrat hiburan mereka.

BACA>>> 6 Tip Persediaan Awal Sebelum Bawa Anak Kecil Tengok Wayang

Persoalannya, sesuaikah bawa anak kecil menonton wayang terutama midnight show?

Pengalaman dan pemerhatian peribadi admin, kalau 10 orang anak kecil yang di bawa menonton wayang, 8 daripadanya akan meragam seperti menangis, mengamuk, menjerit membuat bising atau berlari ditangga sepanjang movie.

Yang 2 tadi behave sebab ibu bapa garang atau sudah tidur atau khusyuk main gajet.

Perkara ini secara tidak langsung akan menganggu fokus penonton lain. Kita juga tidak boleh salahkan anak-anak berkenaan kerana itu lumrah kanak-kanak.

INI SEBABNYA KENAPA KANAK-KANAK TIDAK BOLEH DIBAWA KE PAWAGAM

  1. Kadar tumpuan kanak-kanak tidak lama dan menyebabkan mereka cepat bosan dan mula meragam.

2. Sistem audio yang kuat juga akan menganggu kapasiti gegendang telinga mereka. Tambah-tambah lagi ada secene tembak-menembak atau bom yang lebih kuat dan mengejutkan.

3. Faktor risiko jatuh pun tinggi kerana wayang semuanya mempunyai tangga dan kadar pencahayaan pun samar-samar. Admin pernah tengok beberapa orang anak kecik tergolek jatuh tangga dan selepas itu maka terhasil suara yang amat kuat menangis menanggung kesakitan.

4. Bagi yang membawa anak kecil menonton lewat malam pula adakah anak anda tidak mengantuk? Kalau mengantuk adakah selesa tidur dalam pawagam yang audionya berdentum? Pernah admin nampak anak kecil tidur ditangga dan hampir terpijak oleh penonton yang ingin keluar ke tandas. Jika terpijak siapa akan dipersalahkan?

Disini admin kongsikan juga sedikit maklumbalas pihak pawagam berkaitan membawa kanak-kanak ke dalam pawagam (kredit: Baby Language).

BACA>>> Mak Ayah Tahu Tak Bawa Bayi ke Panggung Wayang Boleh Bahayakan Pendengaran Anak!

Pasti akan ada netizen mempersoalkan ok saja dia bawa anak masuk pawagam selama ini. Pastu kalau tidak boleh bawa sapa nak jaga kat rumah? Adakah anda yakin semua OK?

APA PENYELESAIANNYA?

1. PERGI KE PAWAGAM MESRA KANAK-KANAK

Sekarang pun dah ada pawagam yang diubahsuai untuk kesesuaian kanak-kanak. Pencahayaan yang lebih cerah, sistem audio lebih perlahan, mesra kanak-kanak untuk bermain dan filem yang disediakan sesuai dengan aras umur, pemikiran dan minat mereka.

2. CARI PENJAGA YANG DIPERCAYAI

Boleh minta penjaga yang dipercayai untuk menjaga mereka untuk beberapa jam jika perlu sangat ‘me time’ atau menonton movie berkenaan segera.

3. LANGGAN ASTRO FIRST

Di televisyen seperti Astro First pun kebiasaanya akan ada tayangan boleh dilanggan di rumah kemudian hari.

Maka, fikir-fikirkanlah daripada pelbagai sudut sebelum membuat sesuatu keputusan. Jangan kerana pentingkan hiburan untuk diri sendiri sehingga meminggirkan soal kesihatan dan keselamatan anak kecil serta keselesaan orang lain.

Cuitadmin: Anak menjerit, menangis… mak bapak dia tenang saja menonton wayang dengan fokus ibarat tidak kenal anak itu.

SUMBER: PromosiKesihatanCheras

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda