TIDAK dinafikan masih ramai pasangan suami isteri mengamalkan minum air selusuh ketika menjelang kelahiran bagi membantu proses bersalin isteri.

Bagaimanapun, kebanyakkan pihak hospital terutamanya doktor pakar sakit puan tidak membenarkan wanita hamil meminumnya. Kenapa dan apa sebabnya?

Baca perkongsian Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita Dan Kehamilan, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak yang menerangkan lebih terperinci tentang kenapa air selusuh.

* Sudah disunting mengikut gaya bahasa BumBumCak. Harap maklum.

BACA>>> Doktor: Ambil Jamu Selepas Bersalin Boleh Menyebabkan Kerosakan Hati Dan Anak Kuning!

SELUSUH MEMUDAHKAN BERSALIN – YES OR NO?

Biasanya orang Melayu kita lebih arif berkenaan dengan air tersebut. Air biasa direndam dengan akar fatimah ataupun air biasa dibaca dengan mantera jampi serapah atau dicampur sikit dengan herba-herba yang memulakan kontraksi rahim.

Air selusuh ini dipercayai digunakan untuk mempercepatkan proses bersalin dan digunakan sejak dahulu lagi. Biasanya akan diminum selepas tanda-tanda awal bersalin itu berlaku, keluar darah awal bersalin pecah air mentuban pecah atau sakit kontraksi sudah bermula. Bukan sahaja boleh diminum, ada yang boleh disapu pada perut, bersertakan bacaan-bacaan tertentu.

Jika hanya air kosong dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan doa, sepatutnya tiada masalah untuk diamalkan.

Air rendaman akar fatimah, minyak selusuh bidan kampung, air jampi, air asam jawa yang dibacakan jampi, rendaman akar kayu dan herba – sekadar menamakan sedikit jenis-jenis selusuh amalan orang melayu. Mungkin ada banyak lagi selusuh yang tidak saya ketahui.

Selusuh jenis ini tidak diketahui cara penghasilan dan bahan aktif di dalamnya – ada kajian membuktikan bahan yang digunakan mempunyai aktiviti seperti hormon oksitosin yang menyebabkan kontraksi pada rahim. Dos bahan ini tidak diketahui dan tidak boleh dipantau secara klinikal.

Hormon oksitosin yang digunakan dalam dalam perubatan obstetrik moden diketahui dosnya dan diubah mengikut keperluan pesakit.

Melihat kepada pengalaman saya yang sekelumit cuma ini, yang sentiasa berhadapan dengan ibu-ibu yang sedang bertarung nyawa ni, secara peribadinya, saya tidak menggalakkan penggunaan air selusuh. Ada banyak sebab mengapa saya tidak mengalakkan penggunaanya dan jika ada ahli debat yang sanggup berdebat, saya persilakan.

KENAPA TIDAK DIGALAKKAN MINUM AIR SELUSUH?

1. IBU DIGALAKKAN BERPUASA SEPANJANG TEMPOH BERSALIN

Yakni ibu-ibu yang sudah memasuki fasa aktif bersalin yang berada di dewan bersalin untuk menyediakan ibu jika berlaku sebarang kecemasan yang memerlukan pembedahan ceaserean , ibu itu sudah berpuasa dan boleh segera dilakukan pembedahan ke atasnya. Jadi jika air selusuh diberikan kepada ibu-ibu nak bersalin ini secara tidak langsung akan memberikan risiko kepada mereka.

2. AIR SELUSUH SEOLAH-OLAH MEMAKSA PINTU RAHIM TERBUKA BELUM TIBA WAKTU BERSALIN

Hal yang demikian akan menyebabkan ibu mengalami kesakitan yang amat sangat. Di mana, melalui pengalaman saya, hampir kesemua ibu yang mengamalkan air selusuh ini meracau dan tidak keruan akibat kesakitan yang melampaui biasa. Tambah menyedihkan, ada di antara mereka terpaksa kami tolak ke dewan bedah untuk pembedahan caeserean kerana pintu rahim langsung tidak terbuka sedangkan ibu tersebut dalam kesakitan yang amat sangat. Kontraksi yang kerap ketika bersalin akibat air selusuh ini kadangkala menyebabkan peredaran darah pada bayi terganggu dan boleh mengakibatkan bayi lemas secara tidak semena-mena.

BACA>>> Boleh Cuba 4 Tip Ini untuk Cepatkan Bukaan Rahim Supaya Mudah Bersalin

PANDANGAN PERIBADI DOKTOR

Pandangan peribadi saya kepada pasangan yang baru berkahwin, terutamanya yang duduk di bandar-bandar besar, kalau boleh, janganlah mengharap kepada air selusuh ini. Lazimnya, air selusuh ini bukan buatan sendiri, kadang-kadang kita meminta orang lain yang buatkan, jadi kita tidak tahu apa yang terkandung dalam air tersebut.

Memang diakui, syaitan itu ada, bahkan di setiap pembuluh darah kita, syaitan itu akan melaluinya. Jika inginkan kesenangan dan kemudahan dalam bersalin, lakukanlah solat taubat, mohon keampunan kepada Allah, mohon dipermudahkan segala urusan, solat hajat. Minta ampun pada suami, kedua ibu bapa, dan para suami, ampunkan dosa dosa isteri. Insyallah, Allah itu akan ada untuk kita.

Setiap kali, melihat pesakit yang mengamalkan air selusuh ini , sangat ‘terasa’ kesakitan para wanita itu, tapi apa kan daya. Kadangkala, kejahilan di atas ilmu yang ada membuatkan kita lupa, alpa dan lalai. Oleh itu, Allah sediakan masa 40 minggu bersamaan dengan 9 bulan untuk bersedia menghadapi semua itu.

BACA>>> 9 Tip Legakan Rasa Sakit Saat Bersalin

DOKTOR KONGSI DOA BERHADAPAN KESAKITAN BERSALIN

Dan, yang terakhir pesanan saya, amalkanlah doa ini setiap masa – Laillahha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zholimin (Tiada Tuhan melainkan Engkau, Masa Suci Engkau, sesungguhnya aku dalam golongan orang yang menzalimi diri sendiri). Ini adalah doa Nabi Yunus ketika baginda ditelan oleh ikan Nun, di mana pada ketika itu baginda berpaling dari kaumnya yang enggan mengaku Allah itu sebagai Tuhan. Amalkan setiap kali musibah dan masalah melanda, insyallah akan melimpah Rahmat dari Yang Maha Berkuasa.

Saya bukan ustaz mahupun alim ulama, hanyalah manusia biasa yang menilai alam sekeliling, yang kadang-kadang terlupa, terlalai, penulisan kali ini, untuk diri saya sendiri dan pembaca yang disayangi.

SELUSUH TIDAK MEMUDAHKAN BERSALIN!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda