SETIAPKALI kehamilan ibu hamil akan dibekalkan beberapa vitamin yang perlu dimakan sepanjang 9 bulan bagi memastikan bayi dalam kandungan menerima nutrisi yang secukupnya untuk perkembangan.

Bagaimanapun, tidak dinafikan ada sesetengah ibu hamil berhadapan dengan masalah akibat kesan daripada mengambil vitamin tersebut antaranya sakit kepala?

Kenapa ini terjadi? Mari baca penjelasan Dr Zubaidi Ahmad tentang kenapa kita boleh sakit kepala selepas mengambil vitamin semasa hamil untuk pengetahuan semua ibu hamil.


Assalamualaikum Dr Zubaidi, saya ingin bertanya. Saya sedang hamil 13 minggu. Kenapa saya mengalami sakit kepala bila makan yang dibekalkan oleh Klinik Kesihatan. Mohon Penceraham Doktor. Terima Kasih.”

Walaikumusalam,

Doktor di klinik kesihatan selalunya akan memberikan suplemen dalam bentuk pil kepada ibu hamil. Selalunya, vitamin yang akan diberikan adalah multivitamin, pil kalsium, dan ada kalanya (terutamanya di klinik pakar sakit puan dan persalinan swasta) kapsul Omega 3. Pil-pil ini diberikan dalam pelbagai jenama.

Pil-pil ini selamat diambil dan dijual di farmasi atau boleh didapati di pusat kesihatan dan klinik swasta dan kerajaan. Di farmasi ia dijual secara over-the-counter atau pembelian tanpa perlu perskripsi.

Tujuan pil ini diberikan ada untuk memastikan ibu hamil cukup vitamin dan nutrisi untuk bayi dalam rahim berkembang dengan lebih sihat.

Tidak dinafikan terdapat beberapa kesan sampingan yang mungkin dialami oleh ibu hamil sama ada kesan secara langsung dari pil-pil yang diberikan atau kesan tidak langsung dari kesan kehamilan.

Kesan sampingan yang selalu dialami adalah rasa loya, muntah dan sakit kepala. Selalunya kesan-kesan sampingan ini tidak serius, kecuali jika ia diberikan dengan kadar kuantiti yang terlalu banyak (over dose) yang boleh menyebabkan rasa sakit perut dan sakit kepala yang serius.

Ia berlaku pada seseorang yang sensitif terhadap vitamin, mineral dan apa-apa nutrisi yang diambil. Saya cadangkan minum air dengan secukupnya. Selain itu, saya cadangkan ibu hamil berbincang dengan doktor yang merawat tentang masalah ini. Mungkin doktor akan memberikan jenama lain bagi jenis vitamin dan mineral yang sama.

Selain itu, ibu hamil masih boleh mendapatkan semua nutrisi daripada makanan yang dimakan.

Semoga bermanfaat.

SUMBER: DrZubaidi.Com

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda