APABILA sudah bergelar ibu, banyak perkara yang perlu kita belajar daripada proses perkembangan diri dan pembelajaran, hinggalah kepada warna dan jenis najis anak.

Warna pada najis anak menggambarkan tahap kesihatan. Apabila menyedari warna najis berbeza daripada biasa, bawalah segera berjumpa doktor. Berikut beberapa maklumat ringkas mengenai warna dan bentuk najis anak yang mungkin menunjukkan masalah kesihatan dihidapi.

1. HITAM KEHIJAUAN

  • Biasanya pada usia 1-3 hari selepas dilahirkan.
  • Sedikit melekit.
  • Jika dilihat seperti warna minyak hitam kenderaan.
  • Tidak busuk.

Hal ini normal, dikenali sebagai mekonium. Mekonium mengandungi hempedu, mukus, sel-sel dinding usus, rembesan dan cecair amnion atau ketuban. Selepas 2-4 hari, ia akan bertukar kepada warna hijau pekat dan kurang melekit.

Ia bermakna anak sudah mula hadam susu badan atau susu formula.

2. KUNING MUSTARD

  • Terjadi kepada anak kita yang menyusu badan
  • Juga kelihatan hijau dan coklat
  • Kadang-kadang berbiji seperti biji sawi
  • Bertekstur seperti doh pastri
  • Berbau wangi

Normal jika anak kita mendapat susu badan sepenuhnya tidak membuang najis selama 10 hari (kurang 14 hari) jika bayi tidak demam, tidak meragam, tidak muntah, aktif dan menyusu seperti biasa.

3. KUNING ATAU COKLAT

  • Bayi yang menyusu susu formula
  • konsisten seperti tekstur peanut butter
  • Lebih kenyal
  • Lebih besar
  • Berbau kuat

Bagi anak yang menyusu badan, disarankan anak untuk berak setiap hari kerana dikhuatiri mendapat sembelit.

4. HIJAU 

  • Boleh terjadi kepada bayi yang diberi suplemen zat besi untuk tambah darah.
  • Boleh juga berlaku kepada bayi yang baru mula diperkenalkan makanan solid.
  • Biasanya lebih pekat dan berbau.

5. JINGGA, KUNING DAN COKLAT

Masih normal jika anak menyusu badan atau minum susu formula.

6. HITAM

  • Boleh terjadi kepada bayi yang menyusu badan dan kebetulan ada luka atau darah pada puting kita. Mungkin bayi tertelan darah tersebut.
  • Anda dinasihati membawa anak kita ke klinik untuk pemeriksaan lanjut kerana ada najis yang berbahaya dan memerlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut.

7. PUTIH

Warna yang luar biasa untuk najis dan jarang berlaku.

  • Putih kapur atau kelabu asap.
  • Bayi mungkin tidak hadam makanan sepenuhnya.
  • Juga boleh disebabkan masalah hati dan hempedu.

8. MERAH DARAH

  • Boleh jadi disebabkan alahan kepada susu protein.
  • Mungkin jangkitan bakteria jika cirit-birit.
  • Mungkin disebabkan ada luka pada usus atau rektum atau anus.


BENTUK NAJIS 

1. KETULAN MAKANAN

  • Bayi kurang hadam makanan sepenuhnya.
  • Biasa kita dapat lihat beberapa ketulan makanan yang dimakan di dalam najis.

2. CAIR

  • Hijau, kuning atau coklat
  • Normal jika bayi yang menghadapi cirit birit.
  • Tetapi jika bayi kurang aktif, dehidrasi (kurang air), merengek dan cirit-birit berlanjutan serta semakin teruk, bawalah bayi untuk pemeriksaan.

3. KERAS

  • Sukar mengeluarkan najis.
  • Berketul seperti batu kecil kering.
  • Mengalami kembung perut dan merengek.
  • Kelihatan seakan meneran ketika hendak buang air besar.

Mungkin anak sembelit atau baru belajar makan makanan pejal, bertukar susu, kurang air, kurang serat atau alahan kepada susu.

4. MUKUS

  • Berlendir
  • Bewarna kehijauan
  • Bermaksud ada jangkitan kuman

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda