INGIN tahu apakah rahsia kecerdasan bayi? Berikut 50 tanda anak kita seorang bayi yang cerdas!

1. KENAL WAJAH KITA

Apabila bayi merenung sambil memegang wajah kita, dia sebenarnya sedang membina memori.

2. BERBUAL DENGAN BAYI

Dia menunjukkan reaksi apabila kita berbual dengannya. Bayi melihat kita seakan faham apa yang dicakap.

3. BERI SENYUMAN

Senyum kepada bayi dan dia akan tersenyum kepada kita. Ini bermakna bayi sudah mula menunjukkan perkembangan emosi.

4. BERTINDAK BALAS KEPADA PERMAINAN KESUKAAN

Asyik bermain dengan permainan kesukaan. Cuba ambil barang tersebut, pasti dia menjerit.

5. TAHU BILA NAMANYA DIPANGGIL

Jika namanya dipanggil, terus memandang ke arah kita. Panggil nama yang biasa kita sebut setiap hari.

6. CAPAI OBJEK

Kemahiran motor kasarnya semakin baik. Dia boleh menggubakan tangan untuk mecapai objek permainan dengan mudah.

7. MINAT OBJEK TERANG

Warna terang seperti merah, hijau, oren dan kuning ialah warna kegemaran si manja. Letaklah objek atau permainan berwarna terang dan dia akan pantas mencapai!

8. SUKA RENYUK OBJEK LEMBUT

Ini perkembangan positif si manja apabila dia mula suka memegang dan meramas objek atau permainan kain yang mengeluarkan bunyi seakan plastik.

9. KETAWA BERSAMA

Si manja suka bila badannya digeletek dan dicium. Dia akan ketawa apabila kita berbuat demikian.

10. BOLEH BUKA DAN TUTUP GENGGAMAN TANGAN

Cubalah permainan seperti ‘cak cekur’ sambil menunjukkan cara bagaimana tangan digenggam dan dibuka. Bayi akan meniru pada bila-bila masa dia rasa selesa, malah ketika minum susu.

11. BERGERAK DENGAN YAKIN

Masih belum boleh merangkak, tetapi sudah mula tunjuk usaha mencapai objek disukai dengan hanya mengengsot.

12. TEPUK TANGAN

Bersama si manja menyanyi dan bertepuk tangan sambil mengerakkan badan ke kanan dan kiri. Dia akan tersenyum gembira ketika melakukan aktiviti ini.

13. TIDUR LENA

Si manja tidur dengan lena dalam tempoh yang lama antara 2-3 jam. Selepas bangun tidur, si manja dibiarkan bermain sendiri dan tidak merengek.

14. SUKA MANDI

Sayang jom mandi! Suka menyentuh air semasa mandi dan tersenyum gembira. Begitu juga selepas mandi dan selepas dipakaikan baju.

15. URUTAN

Bayi suka badannya diurut. Lakukan secara rutin. Urut bahagian kaki, badan, tangan dan mukanya. Jika dilakukan secara rutin, si manja mudah tidur dengan lena. Jom daptakan tip urut bayi dengan betul di pautan ini: Mahu Urut Bayi Tetapi Tidak Tahu Cara Betul? Cuba 6 Teknik Ini!

16. SUAPAN SAYANG

Si manja dengan mudah makan makanan pejal apabila kita memujuknya! Buka mulut sayang! Senang saja si manja menadah mulut untuk disuap.

17. AKSI SPONTAN

Cara santai bermain dengan si manja! Tiup perut, muka dan lehernya perlahan-lahan. Cuba lihat tindak balasnya. Jika ketawa, anak kita seorang bayi cerdas.

18. MENARI

Peluk dan dukung bayi mengikut irama muzik yang rancak. Pasti si manja teruja dan ketawa.

19. KENALKAN BUKU

Duduk bersamanya dan baca buku. Baca buku yang sama berulang kali. Pakar mendapati bahawa bayi seawal lapan bulan dapat belajar mengenai turutan dalam cerita jika dibaca berulang kali.

20. BERMAIN DENGAN ABANG

Biarpun masih kecil, si manja turut mempunyai perasaan ingin berkawan. Si manja akan ketawa apabila abangnya buat muka lucu.

21. MAIN SOROK-SOROK

Sorokkan permainan kesukaannya! Si manja akan seronok melihat objek boleh hilang dan muncul kembali. Ini akan membuatkan dia ketawa.

22. BERMAIN DENGAN MAKANAN

Sediakan makanan dengan tekstur berbeza termasuk lobak yang direbus dan dihiris halus, bijirin, pasta atau cebisan ayam dikisar. Si manja dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

23. TONTON TV

Si manja suka menonton rancangan kegemarannya. Bunyi dan warna-warni yang dilihat dalam kaca televisyen akan membuat dia terleka.

24. MAINAN TEKAN DAN BUNYI

Sediakan permainan yang mengeluarkan bunyi apabila ditekan. Si manja pasti teruja apabila dia tertekan mainan tersebut kerana ia mengeluarkan bunyi.

25. BERGOLEK

Pantang tinggal sekejap, si manja yang belum boleh berjalan akan bergolek di merata tempat. Pastikan ruang dalam keadaan bersih dan tiada objek tajam supaya si manja bergerak dengan selamat.

Semoga sentiasa gembira dan bahagia bersama si manja anda!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda