TAHUKAH anda, berdasarkan ilmu dan kajian astrologi, masa kelahiran bayi mampu memberikan pengaruh besar kepada keperibadian seseorang itu hingga dia dewasa. Betul atau tidak?

Apapun, sebagai seorang muslim, kita dilarang mempercayai dan bergantung harap sepenuhnya kepada ramalan hidup dan bertaruh nasib kerana apa yang berlaku sudah ditentukan Allah SWT. Kita wajib mengimani qada dan qadar yang ditetapkan-Nya.

Namun, tidaklah salah dijadikan panduan, pedoman dan rujukan kerana ilmu astrologi dan seumpamanya sememang ada dalam setiap amalan dan budaya masyarakat dunia yang dikaji dengan teliti sebagai panduan hidup seharian.


WAKTU LAHIR JAM 5-7 PAGI 

  • Bayi yang lahir waktu ini dikatakan berperwatakan lembut, pembersih dan juga suka menjaga penampilan.
  • Anak yang lahir pada Subuh juga peramah dan bersikap rendah diri.
  • Dia juga cenderung memiliki akhlak yang sopan.
  • Sesuai jadi ahli psikologi kerana karakter yang memahami orang lain, murah hati, dan selalu membantu.

WAKTU LAHIR JAM 7-9 PAGI

  • Bayi yang lahir pada pagi dikatakan bercita-cita tinggi, bersikap tergesa-gesa dan juga keras hati.
  • Namun, dia juga cenderung memiliki komitmen yang kuat.
  • Bersifat jujur dan harga diri tinggi.

WAKTU LAHIR JAM 9-11 PAGI

  • Bayi yang lahir pada masa sebelum tengahhari cenderung mementingkan penampilan.
  • Bersifat tenang, ceria, pintar, pandai berbicara dan pandai menyimpan perasaan.
  • Suka persaingan dan bergembira jika boleh memenangi sesuatu atau berada di tahap pencapaian tinggi.
  • Suka merancang secara bijak.

WAKTU LAHIR JAM 11 KE ATAS

  • Pukul 11 pagi ialah masa kelahiran ramai atlet yang memiliki banyak tenaga dan kekuatan.
  • Dia mungkin seorang pengembara dan mudah bersikap murah hati.
  • Anak ini cenderung memiliki ruang untuk cinta di dalam hatinya. Cinta kepada keluarga dan temannya membuat dia jadi seseorang yang suka bekerja keras demi kebahagiaan orang lain.

WAKTU LAHIR JAM 12 TENGAH HARI-1 PETANG

  • Anak yang lahir tengah hari mungkin seorang anak yang aktif dan energetik.
  • Tinggi dengan sifat ingin tahu dan suka bermain.
  • Dia juga mungkin memiliki kemampuan menjadi seorang guru yang baik.

WAKTU LAHIR JAM 2-5 PETANG

  • Sesiapa yang lahir pada jam ini mungkin bersopan santun, ramah, tenang, dan lembut.
  • Anak ini juga kelihatan sedih, padahal dia hanya sedang berfikir.
  • Jika diperlakukan buruk, dia mungkin akan melawan dan membela diri.
  • Kepercayaan dirinya tersembunyi di sebalik sikap yang tenang.
  • Dia cenderung membenci kekerasan, tetapi juga bersifat keras kepala untuk meraih kejayaan.

WAKTU LAHIR JAM 5-7 MALAM

  • Bayi yang lahir waktu ini mungkin memiliki cara berfikir terbuka.
  • Bukan seorang penyabar dan cenderung untuk melawan.
  • Namun, dia cenderung bersifat berani dalam melakukan hal yang benar dan juga tahu bagaimana cara bertahan dalam situasi sukar.
  • Mempunyai dedikasi tinggi kepada pekerjaan dan juga boleh dipercayai.
  • Dia mungkin gemar menarik perhatian orang sekeliling dengan gayanya yang suka bergurau, tetapi tetap tegas ketika diperlukan.

WAKTU LAHIR JAM 7-8 MALAM

  • Bayi yang lahir pada waktu Maghrib hingga Isyak cenderung menjadi seorang yang penuh rasa empati.
  • Dia mungkin tulus membantu orang lain.
  • Pembawaan dirinya ceria dan tabah menerima apa saja dalam kehidupan.

WAKTU LAHIR JAM 8-12 MALAM

  • Seseorang yang lahir pada waktu malam cenderung memiliki kepercayaan diri dan semangat tinggi.
  • Karakter ini mungkin boleh dilihat sejak usia muda. Dia mungkin suka membantu orang lain.
  • Sayangnya, dia cenderung menjadi seorang yang mementingkan kesempurnaan atau perfectionist dan bencikan kesalahan.
  • Namun dia bersifat periang, menghargai kreativiti dan pantang menyerah untuk mencapai apa yang diingini.

WAKTU LAHIR JAM 12 MALAM-4 PAGI

  • Tengah malam hingga menjelang pagi ialah waktu kelahiran anak-anak yang penuh imaginasi.
  • Ia mungkin disertai keperibadian yang sedikit sensitif.
  • Kebiasaannya mereka cenderung memiliki kepercayaan diri tinggi dan mudah berkawan.
  • Mereka juga mungkin suka berkongsi pengetahuan dan mendorong orang lain untuk berfikiran positif dan menjalani hidup dengan baik.
  • Mahir berkomunikasi selain penuh rasa ingin tahu dan suka berusaha keras.

Semua ramalan di atas ialah berdasarkan ilmu astrologi. Sama ada benar atau tidak, terpulang kepada diri untuk percaya atau sebaliknya. Paling tidak, boleh dijadikan panduan tentang karakter yang bagaimanakah harus ada dalam diri setiap anak.

Apa yang pasti, jam berapa pun anak kita dilahirkan, dia akan membesar dan mempunyai keperibadian luar biasa jika betul cara didikan kita.

SUMBER: WorldOfMoms

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda