KETIKA anak mengalami demam, selain mengenal pasti perbezaan suhu badan mereka, kita perlu mengukur suhu badan menggunakan termometer untuk anak bagi mendapatkan suhu yang tepat.

Anak akan mengalami demam apabila suhu badan melebihi 37 darjah celsius. Bagaimanapun, ada yang ragu-ragu adakah suhu yang diperoleh itu tepat? Terdapat banyak jenis termometer yang di jual di pasaran.

Jadi, kami kongsikan 4 jenis termometer yang sesuai digunakan untuk bayi dan seisi keluarga.

BACA>>> 8 Barang Perlu Ada untuk Sambut Bayi Pertama

1. TERMOMETER DIGITAL

Termometer ini sering digunakan oleh ibu bapa bagi bayi dan kanak-kanak kerana mudah digunakan. Ia boleh diletakkan di bawah ketiak, mulut atau dubur. Suhu pada ketiak adalah tidak tepat.

Cara terbaik adalah menggunakan di kawasan dubur bayi terutamanya yang baru lahir. Manakala, bagi dewasa dan kanak-kanak suhu boleh diukur pada mulut untuk mendapatkan suhu yang lebih tepat.

PRO:

  • Boleh mengukur suhu dari mulut, ketiak atau dubur kurang dari 1 minit.
  • Boleh digunakan untuk bayi baru lahir, bayi dan anak.

KONTRA:

  • Anak mungkin merasa tidak selesa ketika suhu badan diukur.
  • Jika menggunakannya di mulut, anak harus menunggu 15 minit setelah makan atau minum. Kalau tidak menunggu 15 minit, suhu tidak tepat.
  • Sukar untuk meminta anaknya menutup mulut selama 1 minit dengan termometer di mulutnya.

2. TERMOMETER TELINGA

Ia juga dikenali sebagai tympanic thermometers ini juga termasuk termometer digital, yang menggunakan sinar infrared untuk menyukat suhu tubuh melalui telinga.

PRO:

  • Jika posisinya betul ia cepat dan lebih selesa buat anak kecil.
  • Sesuai digunakan untuk bayi 6 bulan ke atas hingga dewasa.

KONTRA:

  • Tidak sesuai digunakan untuk bayi baru lahir.
  • Jika mempunyai kotoran telinga ia mungkin mempengaruhi suhu badan.

BACA>>> Lakukan 5 Tip Ini untuk Elak Anak Kerap Demam

3. TEMPORAL ARTERY THERMOMETER

Alat pengukur suhu tubuh anak melalui dahi. Alat ini menggunakan sinar infra merah untuk mengukur suhu di pembuluh darah arteri di bahagian dahi.

PRO:

  • Proses pengambilan suhu tubuhnya sangat cepat.
  • Boleh digunakan untuk bayi 3 bulan ke atas.
  • Ada penelitian mengatakan bahawa termometer ini alternatif terbaik untuk mengukur suhu tubuh dengan tepat.

KONTRA:

  • Biasanya harga termometer ini lebih mahal dari termometer lain.

4. TERMOMETER MERKURI

Termometer ini mudah didapati dan murah berbanding termometer lain dalam pasaran. Bagaimanapun, ia tidak dicadangkan penggunaannya kerana dikhuatiri pecah. Merkuri mendatangkan bahaya sekiranya terkena kulit bayi atau dihidu.

PRO:

  • Murah dan mudah didapat.

KONTRA:

  • Mudah pecah.
  • Cairan merkuri (dikategorikan sebagai racun) berbahaya bagi kulit anak.

Jadi, adakah anda menggunakan termometer yang bersesuai untuk anak? Jika ada yang belum membeli, belilah yang sesuai untuk anak anda.

Namun, apa yang paling penting adalah membawa anak ke klinik atau hospital terdekat jika anak demam bagi mendapatkan nasihat pakar!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda