ANAK kecil memang suka mengutip objek yang dijumpainya sebelum dimasukkan ke dalam mulut. Sebab itu kita perlu selalu memantau pergerakan anak supaya dia tidak tertelan sebarang objek berupa barang mainan atau apa saja benda yang boleh mengancam nyawanya.

Insiden tertelan objek asing bukan kes baru, dan sudah banyak kejadian berlaku disebabkan kelalaian ibu bapa. Tetapi, perkara itu kadangkala tidak boleh dielak. Kata orang, kalau sudah hendak jadi, di mana-mana pun boleh berlaku.

Jadi, ada baiknya kita cuba mengenal pasti gejala apabila anak tertelan sesuatu objek.

GEJALA-GEJALA

1. TERSEDAK

Anak boleh tersedak apabila benda asing masuk ke dalam kerongkong sama seperti tersedak ketika menelan makanan atau minuman dengan cepat. Wajahnya jadi lebih merah, kesulitan untuk bernafas dan mata anak menjadi merah dan berair.

2. SUKAR BERNAFAS

Benda asing itu mungkin menyebabkan saluran pernafasan tersumbat, yang mendorong anak tidak boleh bernafas baik. Dia akan rasa sakit dan sering memegang bahagian dadan.

3. BATUK

Sekiranya anak kita tiba-tiba saja batuk berterusan itu disebabkan reaksi pada saluran pernafasan, yang telah mengenal pasti benda asing itu dan berusaha untuk mengeluarkannya.

4. NAFAS BERBUNYI 

Apabila benda asing tersekat pada sistem pernafasan, ia boleh menyebabkan saluran pernafasan anak jadi sempit. Dia akan rasa tidak selesa dan sakit ketika bernafas serta mengeluarkan bunyi ketika bernafas.

5. MUNTAH

Anak mungkin akan muntah apabila objek asing yang ditelan sudah memasuki saluran pencernaan. Ini boleh memberikan reaksi buruk terhadap sistem pencernaan bergantung kepada jenis benda asing tertelan. Bawa anak ke hospital!

6. AIR LIUR MENITIS

Anak kecil biasanya akan menitiskan air liur secara berterusan kerana reaksi tubuh sedang berusaha untuk menolak. Dalam situasi ini, cuba kenal pasti jika dia sudah tertelan objek asing.

7. SAKIT DADA

Kadang-kadang tidak semua objek asing yang masuk ke dalam tubuh anak akan terus memasuki saluran pencernaan. Dia mungkin akan rasa sakit dada jika objek asing itu tersekat di bahagian dada.

8. TIDAK MAHU MAKAN

Menelan benda asing boleh mendatangkan rasa trauma ke atas anak. Apabila sudah menelan, dia akan cemas hingga tidak mahu makan. Keadaan ini dipengaruhi rasa cemas atau memang perutnya tidak mahu menerima makanan.

9. SAKIT PERUT

Sakit perut pada anak terjadi kerana sistem pencernaan tidak boleh menerima objek asing itu. Jika benda ditelan itu lembut, ia mungkin masuk ke dalam saluran pencernaan dan bercampur makanan, kemudian keluar selepas buang air besar. Tetapi ada objek yang tidak dapat dicerna hingga perlu dibedah.

10. DEMAM TINGGI

Demam tinggi terjadi apabila sistem perncernaan mendapat jangkitan, dan diikuti beberapa gejala lain seperti batuk dan sakit dada. Lebih bahaya jika benda asing yang ditelan itu mengandung kuman, virus atau bakteria, termasuk sebatian kimia yang boleh menjejaskan tubuh anak.

SUMBER: Hamil.co.id

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda