PENGUNJUNG yang belum berpeluang ke Taman Tema Movie Animation Park Studios (MAPS) sejak dibuka 3 tahun lalu, kini boleh menikmati kemasukan tiket percuma bermula 1 Mac ini.

Pengunjung hanya perlu membayar bagi mendapatkan kupon untuk menikmati kesemua tarikan yang ada di dalam taman tema tersebut.

Menarik kan? Jika dibandingkan dengan harga yang dikenakan kepada pengunjung sebelum ini.

BACA>>> 8 Taman Tema Air Bajet untuk Bawa Anak Sempena Cuti Sekolah

BELI KUPON JIKA MAHU MAIN PERMAINAN YANG ADA

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata taman tema ini dibuka secara percuma di mana orang ramai boleh datang beriadah di sini. Cuma hanya perlu membayar jika mahu menggunakan fasiliti serta makan dan minum.

“Saya percaya dengan cara ini, tempat ini akan menerima lebih ramai pengunjung khususnya daripada Bandaraya dan seluruh Perak, sekali gus akan memeriahkan lagi MAPS ini,” katanya.

MAPS juga tidak akan mengeluarkan perbelanjaan bagi membuka tarikan-tarikan baharu pada masa akan datang.

Jelasnya, pihak pengurusan akan menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menjadi rakan kongsi terhadap usaha tersebut.

BACA>>> 9 Tempat Menarik Di Langkawi. Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak Ke Sini!

JANGKA TARIK 1 JUTA PENGUNJUNG

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAPS, Shafeii Abdul Gaffor berkata, selain kupon yang berharga serendah RM3, para pengunjung berpeluang untuk mendapatkan MAPS Passport dengan harga RM80 dan MAPS Infinite dengan harga RM145.

Waktu operasi MAPS selepas ini akan beroperasi pada jam 4 petang sehingga 12 malam bagi Isnin, Selasa dan Khamis. Manakala, bagi Jumaat dan hujung minggu, MAPS akan beroperasi bermula jam 10 pagi sehingga 12 tengah malam.

Dalam pada itu, menerusi model perniagaan baharu ini, Shafeii berkata mereka menyasarkan kunjungan seramai 1 juta bermula Mac sehingga penghujung tahun ini.

SUMBER: PerakToday

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda