SINDROM Stevens Johnson adalah kelainan serius pada kulit, membran mukosa, sekitar alat kelamin dan mata yang disebabkan oleh reaksi tubuh terhadap pengambilan ubat atau jangkitan.

Itulah sindrom yang dialami oleh seorang ibu Nur Fazella pada tiga minggu lalu dan dikongsi di laman sosial Facebooknya.

Menurutnya, semoga perkongsiannya itu memberi manfaat kepada semua ibu bapa untuk berhati-hati memberikan ubat dan sentiasa bertindak cepat sekiranya mendapati anak mengalami simptom-simptom meragukan selepas memakan ubat.

***Status di bawah disunting mengikut skema penulisan kami tanpa menjejaskan maksud sebenar kandungan asal. Status asal boleh dibaca pada pautan di akhir artikel. Harap maklum.


Genap 3 minggu terlantar di hospital kerana antibiotik…

Alhamdulilah discharge sudah handsomeku. Rupanya ubat bukan sahaja penawar tetapi racun yang boleh membunuh. Walaupun discharge tapi masih sambung rawatan mata dan mulut di rumah lagi… mata masih rabun.. mulut masih sakit…

Sekadar ingatan untuk semua, berhati-hati makan atau bagi anak-anak ubat, jangan jadi seperti aku.

Pada mulanya Khairi demam dan batuk-batuk.. Doktor bagi antibiotik, ubat batuk dan PCM.. selepas makan 1 biji antibiotik keluar bintik-bintik merah di mulut dan tapak tangan.

Dalam fikiran aku. Khairi kena jangkitan HFMD, teruskan makan. Selepas pil ke-3, dia mengadu sesak nafas dan kami bawa ke unit kecemasan Hospital Likas. Pada mulanya di sangka campak. Doktor pakar siasat-siasat, rupanya STEVEN JOHNSON.. Ini lah nama penyakit 1st time aku dengar. Lepas ini, kalau telan 1 biji ubat nmpk ada tanda-tanda merah di badan, buatlah sesuatu!

TERIMA KASIH pada semua sahabat dan family yang telah mendoakan Khairi.

TERIMA KASIH pada semua jururawat dan doktor di Hospital Likas, layanan memang 1st class.

Hanya Allah sahaja yg dapat membalasnya dan mudahan-mudahan kalian sentiasa dalam rahmat Allah s.wt.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda