MENGETAHUI caj bayaran hospital adalah sangat penting bagi semua ibu bapa, jika anda dan keluarga mempunyai perlindungan insuran kesihatan mungkin tidak terbeban dengan caj yang mahal.

Yang menjadi masalah adalah kepada mereka yang tidak mempunyai perlindungan ini kerana caj yang mahal sangat memberi kesan.

Jadi, apa kata kita lihat senarai hospital 5 jenis hospital ini dengan caj bayaran dan fungsinya untuk pengetahuan bersama. Tidaklah nanti, bila caj mahal tanpa usul periksa diviralkan pula.

BACA>>> Anak Masuk Hospital, Ibu Bapa Jangan Lupa Bawa Perkara Penting Ini…

KENAPA CAJ RAWATAN DI HOSPITAL MALAYSIA BERBEZA-BEZA

Sebelum masuk hospital atau ke hospital membawa ahli keluarga, kita kena tahu perbezaan antara caj hospital hospital di Malaysia. Jadi tidaklah terkejut bila bil hospital sampai.

1. HOSPITAL SWASTA 

Hospital swasta banyak terdapat di Malaysia. Kalau anda sebut sahaja hospital swasta, maka ianya sinonim dengan perkataan mahal. Bila tidak ramai yang mampu, maka tidaklah ramai sangat orang, jadi automatik tidak perlu beratur panjang.

Segala harga konsultasi, ubat dan hospitaliti adalah apa yang anda bayar. Ramai yang ambil insurans untuk mendapat kemudahan ke hospital swasta ini.

2. HOSPITAL DAN FASILITI DI BAWAH KKM

Hospital ini memang paling murah kerana kosnya di tanggung oleh kementerian melalui budget kesihatan. Disebabkan murah, ramai orang, maka kena la beratur panjang.

3. HOSPITAL DI BAWAH KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Hospital begini adalah seperti PPUM, PPUKM dan juga HUSM. Ianya juga digelar teaching hospital.

Hospital ini bukanlah di bawah KKM, jadi jangan bandingkan bil hospital hospital ini dengan hospital besar macam HKL. Lazimnya hospital ini bilnya lebih tinggi berbanding hospital KKM tetapi tidaklah semahal hospital swasta.

4. HOSPITAL TENTERA

Hospital ini ada di Terendak, Kuala Lumpur dan juga Lumut. Ia mempunyai kelengkapan untuk askar dan kemudahan untuk menghadapi bahaya yang askar kita mungkin hadapi ketika bertugas.

Orang awam boleh juga mendapatkan rawatan di hospital askar. Bayaran untuk orang awam mestilah tak sama dengan abang askar di situ. Hospital ini dibawah seliaan Kementerian Pertahanan.

5. INSTITUT JANTUNG NEGARA

IJN adalah di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Pengurusan IJN adalah tidak sama dengan KKM.

Jika anda walk in ke IJN, anda dianggap private patient, maka segala caj adalah seperti yang termaktub sebagai private patient. Anda boleh juga menggunakan insuran di sini.

Hanya pesakit yang dihantar ke IJN melalui Kementerian Kesihatan Malaysia mendapat caj seperti KKM.

BACA>>> 6 Senarai Hospital Kerajaan Terbaik Untuk Ibu Hamil

Suka juga saya ingatkan bahawa semua fasiliti di bawah Kerajaan Malaysia mempunyai badan kebajikan.

Maka sekiranya bil hospital itu dirasakan terlalu berat, bolehlah bawa berbincang.

Jadi, sebelum nak post sesuatu dengan niat nak viral mengenai caj hospital KKM yang kononnya sudah naik harga, kena fikir dulu.

Tidak pasal-pasal malu sendiri sebab hospital itu bukan bawah KKM pun. Ini juga bukan post politik, hanya sekadar share apa yang orang ramai selalu salah faham.

SUMBER: Dr Nurilyani Bujang

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda