PERBUATAN tidak berperikemanusiaan! Seorang bapa sanggup bertindak kejam membuang bayi perempuannya di gaung selepas 6 jam bayi itu dilahirkan di hospital di Gaozhou, wilayah Guangdong, China.

BACA>>> Sampai Hati, Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Kesejukan di Stesen Bas

Bagaimanapun, bayi yang dibungkus di dalam guni itu bernasib baik apabila ditemui bernyawa selepas 12 jam apabila jatuh di atas ranting kayu sebelum dibawa keluar oleh anggota penyelamat.

Kejadian disedari selepas Pusat Kesihatan Magui membuat panggilan polis melaporkan mengenai kehilangan bayi itu di hospital berkenaan, lapor Gaozhou Television.

 

Polis melakukan siasatan kemudiannya mengesyaki ia perbuatan bapa bayi berkenaan dikenali sebagai Li.

Polis yang melakukan pencarian bersama anggota penyelamat dan sukarelawan kemudiannya terdengar tangisan bayi terbabit dan menemui mangsa kira-kira 30 meter dari lokasi dia dicampak oleh bapanya.

BACA>>> Soda Bikarbonat Berbuih Bukan Tanda Dapat Bayi Lelaki Tetapi Ini Sebabnya…

Laporan dipetik polis daerah Magui berkata, lelaki itu akhirnya mengaku menyumbat bayinya ke dalam guni dan melemparkannya dari tebing di kawasan pedalaman kerana kecewa harapan untuk memiliki anak lelaki tidak tercapai.

Bayi itu kini dilaporkan berada di dalam keadaan sihat dan dijaga oleh ibunya manakala bapanya ditahan polis untuk tindakan lanjut.

SUMBER: Hmetro

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda