JIKA  anak kita tidak dapat skor dalam peperiksaan, terus kita anggap anak meraka sudah tiada harapan untuk berjaya dalam hidup.

Jangan sesekali kita ada fikiran begitu ya!

Mungkin anak genius cuma kita aja tiada ilmu untuk kenal pasti jenis kecerdasan anak. Berikut merupakan perkongsian Dr. Taufiq Razif untuk kenal pasti jenis kecerdasan dan kepandaian dalam diri anak kita.

8 JENIS KEPANDAIAN ANAK

1. NUMBER SMART

  • Sangat suka dengan fakta, logik dan nombor.
  • Keluarkan bakat terpendam ini dengan melatih anak main sudoku, monopoli, chess dan aplikasi telefon pintar yang mencabar kepantasan mengira.

2. WORD SMART

  • Sangat suka menulis, membaca dan bercakap.
  • Asah kecerdasan ini dengan ajak anak bercerita pengalaman-pengalaman dia di sekolah
  • Minta anak kita reka cerita bedtime story untuk adik yang lain.

3. NATURE SMART

  • Suka sangat dengan alam, tumbuh-tumbuhan dan juga binatang.
  • Apa kata jadikan koridor ataupun tanah terbiar belakang rumah untuk dijadikan kebun dan taman kecil untuk si comel kita tu kembangkan bakat terpendamnya.

BACA>>>> Dr Razif: Jangan Buat 5 Perkara Ini Jika Tak Mahu Anak Biadap!

4. SELF SMART

  • Mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi.
  • Suka bermain sendiri dan tahu dengan jelas matlamat dan cita-citanya bila sudah besar nanti.
  • Kita cuma perlu bimbing anak untuk pilih cita-cita yang tepat untuk dirinya.

5. PEOPLE SMART

  • Ada daya empati yang sangat tinggi.
  • Mempunyai skil komunikasi yang sangat bagus dan biasanya sangat disukai oleh orang yang lebih dewasa.
  • Kembangkan bakat terpendam ini dengan selalu suruh anak kita tu masuk persatuan dan juga organisasi.

6. MUSIC SMART

  • Sangat sukakan lagu, suka menghafal lirik dan melodi lagu dan juga kadangkala mampu bermain alat muzik dalam usia yang sangat muda.

7. PICTURE SMART

  • Mempunyai daya imaginasi dan kreativiti yang sangat tinggi.
  • Suka conteng sana sini tapi hasil contengannya lebih berseni dan lebih menarik dibandingkan teman sebaya.
  • Kembangkan bakat terpendam anak kita tu dengan sediakan kelas seni untuknya dan juga platform untuk anak kita berkarya.

8. BODY SMART

  • Sangat suka bersukan, menari dan biasanya mempunyai kebolehan menggunakan tangan dan kakinya dengan sangat baik.
  • Keluarkan bakat terpendam anak kita dengan selalu ajak dia bersukan dan juga bersenam.
  • Mana la tahu penyambung legasi Ronaldo dan Messi sebenarnya ada dalam rumah kita!

Wahai ayahku..wahai ibuku..Kami bukan bodoh tapi kami mempunyai kecerdasan dan kepandaian yang berbeza”…..

BACA>>>> Trend Nak Anak Cepat Pandai. Hentikan! Ini Satu Penderaan Mental Bagi Kanak-Kanak

SUMBERTaufiqRazif

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda