TIDAK dinafikan pendedahan kanak-kanak daripada kecil dengan makanan yang tidak sihat mengundang kepada masalah kesihatan anak apabila meningkat dewasa antaranya diabetes!

Berikut adalah perkongsian Dr Zubaidi Ahmad tentang pesakit diabetes yang berlaku pada remaja berusia awal 16 tahun dan cara menangani masalah ini daripada terus meningkat.

*Status di bawah sudah disunting tanpa menjejaskan maksud kandungan asal penulis. Status sebenar boleh dirujuk pada pautan di akhir artikel. Harap maklum.

BACA>>> Kanak-Kanak Pun Boleh Kena Diabetes! Ketahui Simptom dan Punca

PENINGKATAN PESAKIT DIABETES JENIS 2 DI KALANGAN REMAJA

Ada yang terperanjat bila membaca tajuk yang saya tuliskan. Saya sendiri tidak terkejut kerana semakin banyak kes-kes yang saya kendalikan di klinik yang melibatkan pesakit diabetis yang mula didiagnosa pada usia yang masih muda.

Ada seorang remaja berusia 16 tahun, datang ke klinik sebab masalah kerap rasa mahu kencing. Sebelum ini dia telah berjumpa seorang doctor di pusat kesihatan, dan diberikan antibiotic dan ‘pelawas kencing’ kerana disyaki mengalami masalah ‘kencing kotor’.

Doktor tidak mengesyaki pesakit mungkin mengalami diabetes sebab tubuhnya tidak obes dan umurnya masih muda. Pesakit pula takut melakukan pemeriksaan darah. Pada masa itu, pesakit baru saja ke bilik air, jadi tiada sampel air kencing yang dapat dihantar untuk pemeriksaan.

Setelah beberapa hari, beliau datang berjumpa bersama ibunya. Saya memujuk beliau untuk membuat pemeriksaan darah. Memang agak sukar. Rasa takut, menjerit dan terpaksa dipegang oleh ibu dan staf klnik yang bertugas. Akhir dapat bacaan gula dalam darah.

Ternyata bacaan gula secara rawak adalah 18.0 mmol/L. Ibunya terperanjat seperti tidak percaya. Saya mengambil masa untuk menceritakan masalah yang anak beliau alami adalah berpunca dari masalah tahap gula yang tinggi dalam darah.

Rasa mahu kerap kencing itu adalah sebahagian dari masalah diabetes yang dialami. Tanpa disedari oleh ibunya, pesakit ini sentiasa berasa haus dan hanya air soda dari peti sejuk saja yang dapat menghilangkan hausnya. Tidak hairanlah bacaan gulanya kekal tinggi.

Saya mulakan rawatan dan menasihatkan penjagaan makanan yang mudah diamalkan. Alhamdulillah setelah seminggu, bacaan gula beliau turun kepada 10 mmol/L. Masih tinggi tetapi sudah menurun.

Saya merujuk beliau untuk ke hospital bagi memantau komplikasi pada mata dan ginjal, dan berharap agar tiada komplikasi pada organ-organ tersebut.

PESAKIT DIABETES YANG TERLALU MUDA BERPOTENSI MENGALAMI MASALAH KOMPLIKASI 

Memang sesuatu yang membimbangkan. Sekali lagi, kes-kes diabetes di kalangan remaja semakin meningkat di Malaysia, malah di seluruh dunia.

Dalam kajian kajian yang dikeluarkan oleh Royal College of Paediatrics and Child Health menunjukkan peningkatan pesakit diabetes di kalangan kanak-kanak di England dan Wales. Tidak semua mereka mengalami obesiti. Suku dari mereka tiada masalah kegemukan.

Pesakit diabetes yang terlalu muda pasti akan mengalami masalah komplikasi seperti masalah jantung, stroke dan ginjal, selepas 10-15 tahun. Tidak hairanlah jika ramai pesakit jantung, stroke dan ginjal juga berusia berada dalam usia awal 30an.

BAGAIMANA MENANGANI MASALAH DIABETES DI KALANGAN REMAJA

Saya percaya semakin ramai remaja yang mengalami kegemukan dan ia harus ditangani dengan memberikan perhatian apa yang mereka makan, selain dari menggalakkan mereka aktif dalam kehidupan mereka.

Pendidikan tentang pemakanan seharusnya diterapkan pada ibubapa kerana saya melihat kadang kala ibu bapa tidak rasa bersalah membenarkan anak mereka minum air soda setiap hari di samping mengambil makanan yang banyak bersumberkan karbohidrat berproses.

Kita faham keperluan tenaga di kalangan kanak-kanak adalah tinggi kerana mereka masih menjalani proses tumbesaran di samping mereka aktif bermain.

 

Oleh itu, mereka harus diberikan makanan seimbang sewaktu makan pagi (bersarapan). Kebanyakan kita memberikan makanan yang berproses, sedia dituang ke dalam mangkuk dan ditambah susu sebagai menu utama bila bersarapan. Ada pula yang memberikan makanan berasaskan karbohidrat berproses setiap hari seperti roti canai, dan minum teh tarik.

Sudah tentu ini akan meningkatkan tahap gula dalam tubuh, dan akhirnya disimpan dalam tubuh sebagai lemak. Bila tubuh sudah menjadi obese, dan selera semakin bertambah, kanak-kanak ini akhirnya mengalami insulin resistance yang menyebabkan penyakit diabetis.

BACA>>> Nak Anak Gemuk Tetapi Sihat? Mari Cuba 8 Makanan Berkhasiat Ini…

APAKAH PILIHAN MAKANAN TERBAIK UNTUK ANAK KITA?

Apakah pilihan yang kita ada? Saya mencadangkan sarapan bagi kanak-kanak haruslah diberikan karbohidrat kompleks yang terdiri dari sayur-sayuran dan buah-buahan. Berikan makanan bersumber protein dan tambahkan lemak sihat.

Antara menu yang sesuai diberikan adalah sandwich dari roti wholemeal, diletakkan sayur-sayuran seperti tomato dan lobak yang dipotong kecil disamping telur mata atau telur dadar. Tambahkan sedikit minyak zaitun OLIVIE sebagai sumber minyak sihat mereka.

Pengambilan minyak zaitun sangat baik untuk kanak-kanak bersekolah kerana ia adalah sumber antioksida, monounsaturated fatty acid dan sumber tenaga yang banyak. Mereka juga lambat lapar dan boleh focus terhadap pembelajaran di kelas.

Saya juga mencadangkan, sesekali kita sediakan pisang, ubi rebus atau keledek yang mempunyai sumber tenaga yang tinggi dan sesuai untuk keperluan tenaga kanak-kanak.

Bagi mereka yang mahu sediakan nasi goreng atau me goreng, pastikan ada sumber protein seperti telur atau sedikit daging yang dipotong kecil ke dalam masakan. Yang penting letakkan sayur-sayuran yang mencukupi.

Berapa banyak keperluan sayur yang mencukupi? Saya mencadangkan separuh atau satu pertiga dari me atau nasi yang hendak digoreng. Banyak bukan? Tetapi itulah keperluan sayur-sayuran sebagai sumber antioksida dan fiber untuk anak-anak kita.

Jangan lupa untuk pastikan mereka mendapat minyak zaitun, sekurang-kurangnya sesudu. Boleh dimasukkan ke dalam masakan atau diberikan terus ke dalam mulut.

Mereka boleh minum air susu segelas. Mereka juga boleh minum air kosong saja jika makanan yang diberikan telah cukup nutrisi dan tenaga yang diperlukan.

Nasihat saya, elakkan anak-anak kita mengambil makanan yang manis ketika bersarapan kerana ia akan menyebabkan rasa mengantuk, dan tidak focus dalam pelajaran. Makanan atau minuman manis akan menyebabkan anak kita menjadi terlalu aktif sehingga dikatakan ‘nakal’ dalam kelas.

Perhatikanlah pemakanan anak-anak kit ajika kita mahu mereka sihat, kuat dan bersemangat dalam pembelajaran.

Semoga bermanfaat.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda