TERASA sangat dengan sikap suami sejak kebelakangan ini. Ada tanda-tanda suami sudah bosan atau tidak kisah pada anda? Bagaimana hendak tahu jika suami sudah muak dengan kita? Berikut merupakan tanda-tanda yang suami kita sudah tidak kisah pada isterinya;

1. TIDAK NAMPAK PERUBAHAN

Jika anda menggunakan baju baru atau memotong rambut dengan gaya baru, suami tidak lagi memperhatikan anda kecuali jika anda memberitahukannya.

2. PELUPA

Sebelumnya, suami selalu ingat dan melakukan apa pun untuk isterinya. Tetapi kini ia tidak memperhatikan dan sering terlupa.

3. TIADA KEJUTAN

Isteri tidak mendapatkan hadiah lagi dari suami kecuali ada momen yang special.

4. BUAT-BUAT TIDAK DENGAR

Sebelumnya ketika anda berbicara, suara anda penting untuknya. Sekarang, kata-kata anda ibarat angin lalu sahaja. Kini dia tidak pernah mengambil serius apa yang anda katakan.

5. ASYIK BALIK LAMBAT

Salah satu tanda adalah suami sering pulang lewat. Dahulunya dia tidak sabar untuk pulang ke rumah, namun kini dia sering memberi alasan untuk pulang lebih awal.

6. TIDAK ADA PERBUALAN TENTANG MASA HADAPAN

Sewaktu awal perkahwinan dia sering sekali berbicara mengenai keinginan dan cita-cita masa depannya seperti bercuti bersama anda dan sebagainya. Sekarang, tidak lagi. Seolah-olah dia tidak melihat masa depan bersama anda.

7. HUBUNGAN INTIM HAMBAR

Setiap kali anda mendekatinya di tempat tidur, dia selalu memberi alasan letih atau mengantuk. Hubungan intim anda hampir tiada lagi.

8. SEBUT TENTANG WANITA LAIN

Dia mulai memerhatikan wanita lain secara terang-terangan di hadapan anda. Tanpa rasa bersalah dia memuji kecantikan wanita lain dan sebagainya.

Jika ada tanda-tanda ini, jangan sibuk hendak mengamuk dulu. Muhasabah diri, di mana kurangnya kita. Selami, apa silapnya hubungan kita dengan suami. Mungkin ada khilaf yang kita sudah buat pada suami.

BACA>>>> Curiga Suami Ada Perempuan Lain? Ini Cara Betul Perlu Anda Buat

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda