JIKA pada usia tertentu anda masih belum berkahwin terutamanya wanita, dia akan dilihat sebagai seorang wanita yang kononya ‘tak laku’. Namun, lambat untuk berkahwin daripada memilih pasangan yang salah adalah lebik baik.

Dalam setiap perkahwinan, adalah satu harapan agar perkahwinan tersebut bukan hanya perkahwinan dalam waktu yang singkat, tetapi akan menjadi perkahwinan yang pertama dan terakhir sehingga usia lanjut.

Mudah jika dikatakan, hati-hati dan bijak dalam memilih siapakah pasangan anda nanti. Ingat, kahwin bukan setakat 3 atau 5 bulan, tapi pasangan itulah yang akan bersama seumur hidup. Jadi, jangan tergesa-gesa atas desakan keluarga atau trend kahwin.

BACA>>>> 5 Jenis Perangai Lelaki Yang Tidak Patut Dijadikan Suami

KENAPA MEMILIH UNTUK LAMBAT BERKAHWIN

Satu Tinjauan Dari Love and Relationship Coach Menyatakan:

  • Sebilangan orang yang tidak berkahwin pada usia 30 tahun ke atas memilih untuk lambat dalam perkahwinan daripada berkahwin dengan cepat tetapi gagal dan terpaksa bercerai kerana memilih pasangan.
  • Mereka mempunyai sebab yang logik mengapa lebih baik lambat kahwin kerana jika mereka sudah berkahwin tetapi hanya menyedari bahawa mereka salah memilih pasangan, ini akan ada harga mahal yang harus dibayar untuk kesilapan tersebut.
  • Menurut kaunselor dari Love and Relationship Coach lagi, ramai wanita terlalu cepat memutuskan untuk berkahwin hanya kerana tekanan usia, keluarga dan komuniti atau sebab kesihatan organ-organ pembiakan pada usia 30 dan ke atas.
  • Bagaimanapun, berjuang untuk pilihan yang tepat dalam memilih pasangan perkahwinan adalah jauh lebih baik daripada semua sebab-sebab sebelumnya.

FIKIRKAN TENTANG PILIHAN ANDA

Adalah lebih baik untuk lambat berkahwin selagi anda boleh mendapatkan pilihan pasangan yang tepat untuk perkahwinan yang kekal sehingga akhir hayat daripada berkahwin dengan cepat dan tergesa-gesa tetapi berakhir dengan perceraian kerana menyesali memilih pasangan yang tidak baik.

Buat anda yang masih belum berkahwin tidak perlu ambil hati. Pastikan anda tidak tersalah dalam menentukan siapa yang sepatutnya menjadi pasangan hidup anda supaya anda boleh mencapai kebahagiaan dalam perkahwinan sebenar di masa depan.

BACA>>>> Tip Pilih Suami: Ini Ciri-Ciri Calon Suami Mengikut Islam

SUMBERAliffChannel

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda