MEMBERSIHKAN karpet di rumah menjadi salah satu masalah suri rumah. Karpet kotor bukan saja disebabkan oleh makanan atau minuman yang tertumpah tetapi juga habuk yang terkumpul. Dengan cara mop karpet adalah penyelesaiannya.

Untuk memastikan karpet sentiasa bersih, berikut kami kongsikan cara bersihkan permaidani indah di rumah anda dengan cara yang mudah dan senang hanya menggunakan garam dan Dettol.

BACA>>> 13 Cara Jadikan Rumah Bersih, Wangi dan Berseri!

TIP MOP KARPET (bukan lantai tau)

Siapa yang pernah mop karpet? Kelakar kan? Fana tahu cara ini daripada seorang maid, bila dia mop karpet, Fana tanya dia (karpet boleh mop ya?) Iya bolehlah puan kasi buang habuknya, biasa lepas vakum pasti ada habuk dan kuman)

So, dari situ Fana belajar setiap seminggu sekali Fana bersihkan semua karpet yang ada dalam rumah, semput juga macam nak tercabut jantung kak Fana. Tapi lepas mop anda akan rasa bersih bebas kuman parasit bagai.

BAHAN-BAHAN

  • Mop
  • Baldi
  • Garam
  • Pure Dettol

BACA>>>  6 Cara Jadikan Rumah Bebas Habuk Supaya Selamat untuk Anak!

CARA-CARANYA

  • Masak air hingga mendidih dalam cerek atau bekas.
  • Air tidak terlalu sedikit (cukup mop tenggelam dalam baldi) tetapi lagi banyak lagi bagus.
  • Sudah mendidih masukkan ke dalam baldi
  • Letak 2 sudu garam dan 1 penutup Pure Dettol
  • Perah jangan sampai menitik (Jangan guna tangan) dan sedia untuk bersihkan karpet anda.
  • Tekankan mop pada karpet dan bilas berulang kali sehingga bersih.

Mudah dan senang kan? Disaran untuk menggunakan mop khas untuk bersihkan karpet.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda