TULAR video seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun yang dilahirkan tanpa mata, Elvie Hurst menyanyi lagu ‘Scar to your Beautiful’ bagi mengatasi perasaan cemas.

Dalam video berdurasi 1 minit 39 saat itu menunjukkan Elvie dalam keadaan ketakutan sambil ditenangkan bagi persiapan menjalani imbasan otak di Hospital Kanak-Kanak  C.S Mott Di Ann Arbor.

BACA>>> Mata Bayi Sentiasa Berair Dan Bertahi, Ini Tanda Salur Air Mata Anak Tersumbat

Doktor percaya Elvie mengalami serangan sawan yang menyebabkan dia perlu menjalani prosedur itu dengan lebih awal bagi mengetahui punca kepada masalah yang dialaminya.

Elvie mempunyai masalah Anoftalmia. Dia merupakan anak angkat daripada sebuah keluarga di China dengan berat badan sekitar 4.98 kg.

TRAUMA PADA RAWATAN MASA LALU

Menurut ibu bapanya, Craig dan Katie, Elvie mengalami gangguan tekanan akibat trauma pada rawatan yang pernah dilakukan sebelum ini.

“Dia tidak menunjukkan perkembangan, kami hampir tidak meneruskan rawatan pada masa itu,” katanya.

Pada awal bulan ini, Elvie perlu melalui imbasan otak dan dia tidak selesa apabila kakitangan hospital melakukan persiapan prosedur tersebut.

“Ketika dia berada di lif hospital, dia sudah panik. Apabila berada di bilik prosedur dia mula melawan,” katanya.

BACA>>> 1 Bilion Kanak-Kanak Bakal Rabun Jauh Jika Ibu Bapa Gagal Kawal Gajet

Disebabkan itu, seorang terapis muzik, Emma Wymer datang membantu Elvie merasa lebih tenang dengan menyanyi lagu ketika kakitangan hospital bersedia untuk prosedur tersebut.

“Pada Awalnya, suaranya agak gemuruh dan mula yakin apabila Emma mula bermain gitar,” kata ibunya.

Menurut ibunya lagi, Elvie merupakan anak yang kuat dan ajaib. Dia tidak pernah berhenti mengejutkan semua.

”Kami benar-benar bersyukur pada Tuhan kerana menjadi keluarganya,” katanya.

SUMBER: Metro.Co.Uk

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda