MENAKUTKAN dan menyedihkan apabila membaca kisah ini. Ketika usia 10 tahun seorang kanak-kanak perempuan telah didakwa melakukan pembunuhan kelas pertama!

Anda fikirkan apa? Kanak-kanak ini didakwa selepas dia dituduh memijak kepala seorang bayi lelaki berusia 6 bulan hingga menyebabkan kematian.

BACA>>> PPIM Gesa Kerajaan Bertindak Tegas Isu Kes Dera Pusat Jagaan Kanak-Kanak

Penguatkuasaan undang-undang tempatan dan laporan media berkata, kanak-kanak itu dikatakan panik selepas menjatuhkan bayi itu di sebuah pusat jagaan harian minggu lepas.

Manakala, menurut laporan oleh sekutu NBC, WEAU News, hakim memerintahkan kanak-kanak itu, dari Wisconsin dan tidak dinamakan, ditahan pada Isnin sebagai ganti bon AS$50,000 (RM208,460) sementara menunggu pendengaran di mahkamah di Chippewa.

Laporan baharu menyatakan dia didakwa sebagai orang dewasa di bawah undang-undang negeri berkaitan insiden itu yang berlaku pada 30 Oktober, tetapi kes itu kemudian akan dipindahkan ke mahkamah juvana.

Kanak-kanak perempuan itu berada di pusat penjagaan di Tilden, sebuah bandar yang terletak hampir 200 batu di timur laut Madison yang juga berfungsi sebagai pusat jagaan harian.

BACA>>> Awas! Elak Lakukan 5 Cara Hukuman Ini Pada Anak!

TIDAK SENGAJA JATUH, PANIK DAN PIJAK KEPALA BAYI 

Dia secara tidak sengaja menjatuhkan bayi itu, menyebabkan kepalanya terhantuk di bangku dan mula menangis, WEAU News melaporkan, memetik peguam Wade Newell.

Dia beritahu dia sedang memegang bayi itu dan terlepas,” kata Newell.

Kepala bayi itu terhantuk di bangku dan dia menangis. Budak itu yang panik tak tahu apa yang harus dibuat. Tidak mahu keadaan bertambah buruk, dia terus memijak kepala bayi berusia enam bulan itu.”

Pejabat peguam di Chippewa dalam satu siaran akhbar berkata, tulang tengkorak bayi itu patah dan pakar perubatan telah memaklumkan bahawa kecederaan itu konsisten ‘akibat penderaan kanak-kanak, bukan oleh keadaan tidak sengaja.’

Bayi itu diterbangkan ke sebuah hospital di St Paul, Minnesota, kira-kira 100 batu dari barat Tilden dan meninggal dunia pada 1 November.

Budak perempuan itu pada mulanya tidak mengaku mencederakan bayi itu tetapi akhirnya mengaku kepada pihak berkuasa, lapor stesen berita itu.

Pusat jagaan harian ditutup untuk siasatan.

SUMBER: Mstar

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda