SETIAP ibu bapa harus memastikan penjagaan kesihatan yang rapi untuk bayi dan kanak-kanak perempuan itu sangat penting kerana untuk keselesaan khususnya pada alat sulit mereka. Jangan biarkan perkara yang tidak ingini berlaku pada anak perempuan anda.

Salah satu perkara yang patut dijaga ialah vulvovaginitis (keputihan). Keputihan tidak semestinya berlaku kepada wanita dewasa malah berlaku juga kepada kanak-kanak perempuan atas sebab-sebab tertentu.

SIMPTOM KEPUTIHAN

  • Gatal
  • Pedih
  • Lelehan berbau dari faraj

Selalunya keadaan ini disedari oleh ibu tetapi kanak-kanak juga boleh mengadu simptom-simptom seperti yang tersebut jika keadaan bertambah teruk.

BACA>>>> Kenapa Wanita Dan Kanak-Kanak Perlu Vaksin HPV?

PUNCA KEPUTIHAN PADA ANAK

  • Kebanyakan kes adalah disebabkan oleh iritasi pada bahagian genitalia, bukan berpunca daripada jangkitan kuman.
  • Kuman yang menyebabkan jangkitan biasanya adalah kuman yang terdapat pada dubur, tekak dan kulit.
  • Penderaan seksual juga merupakan salah satu punca keputihan di kalangan kanak-kanak prempuan.
  • Penyakit eczema (alahan kulit) juga boleh berlaku pada kawasan genitalia.

APA PATUT SAYA BUAT?

1. Bawa jumpa doktor jika keputihan si anak amat membimbangkan seperti berbau, warna discaj yang kehijauan dan pekat serta anak mengadu sukar tidur sebab gatal yang teramat.

2. Kenalpasti atau ajar anak-anak cara untuk cuci kemaluannya. Dari depan kebelakang bukannya dari belakang (anus) kedepan. Ini nak elak normal flora pada usus yang keluar bersama najis (Ecoli) dari menjangkiti faraj anak.

3. Jangan perlu sapu bedak di kemaluan anak beria sangat. Bedak ini benda asing. Banyak sangat boleh sebabkan sedimen anak itu masuk melalui liang pada faraj. Kalau anak alahan, lagi teruk jadinya.

BACA>>>> Bedak Talkum Punca Kanser Ovari? Baca Penjelasan Doktor Ini…

4. Pampers atau seluar dalam basah terkena air kencing. Cepat-cepat bersihkan ya. Boleh jadi penyumbang kepada jangkitan juga.

5. Pakaikan anak seluar dalam yang serap peluh supaya bila anak berpeluh, kuman tidak terperangkap pada seluar dalam dan boleh akibatkan kelembapan yang boleh jadi sumber jangkitan.

6. Elak pakaikan pampers atau seluar dalam terlalu ketat sampai tidak boleh bernafas.

7. Elak guna sabun atau syampu terlalu banyak pada kemaluan si anak.

8. Boleh guna Vaselline gel untuk melegakan kepedihan di akwasan genitalia yang mengalami iritasi.

9. Jika boleh, elakkan kanak-kanak perempuan ini dariapda menggaru di akwasan genitalia kerana ia boleh mengakibatakan jangkitan dan iritasi pada kulit.

10. Mandi dan rendamkan bahagian genital di dalam air bercampur garam (sitz bath) dua kali sehari semasa mengalami keradangan atau mengalami keradangan di kawasan genitalia.

BACA>>>> Basuh Faraj Dengan Air Garam Cara Semulajadi Jaga Peranakkan Agar Mudah Hamil

SUMBERKinseven | BelNawHen

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda