SIKAP ibu yang suka marah dengan memaki atau mengeluarkan kata-kata keluhan dihadapan anak menjadi punca kematian anaknya, di Mexico 6 Januri lalu.

Kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu, ditemui mati sempena festival “The Three King”, di mana orang memberikan hadiah antara satu sama lain dengan sekeping nota  menyayat hati, selepas didakwa membunuh diri untuk membuatkan ibunya sebagai ‘wanita paling gembira di dunia’.

BACA>>> Jangan Ucap 6 Ayat Ini Jika Tidak Mahu Anak Bencikan Kita Sepanjang Hayat

BUNUH DIRI HADIAH TERBAIK BUAT IBU

Dalam nota tragis itu, kanak-kanak itu mendakwa dia memberikan ‘hadiah terbaik’ dengan membunuh dirinya sendiri.

Dia dilihat menyalahkan dirinya sendiri selepas bapanya meninggalkan dua beranak itu, dan mempercayai dia telah ‘menyakitkan’ dan ‘merosakkan’ kehidupan ibunya.

Antara ayat di dalam surat itu yang menyentuh emosi menyebut:

Saya mahu ibu saya supaya bertenang, tidak banyak bekerja, hadiah terbaik yang saya minta adalah kegembiraannya.

“Saya berharap suatu hari nanti anda akan mengingati saya dan di langit akhirnya, anda memeluk saya.

“Seperti yang anda sering katakan pada saya yang anda berharap saya tidak pernah dilahirkan.

“Saya sangat sayang ibu,” menurut nota tersebut.

BACA>>> 5 Kesan Buruk Jika Selalu Mengeluh Depan Anak

TIDAK PERNAH DILIHAT SEDIH DAN MEMPUNYAI MASALAH

Pihak berkuasa di Aguascalientes, Mexico, mengesahkan punca kematian disebabkan menggantung diri.

Jiran-jiran memberitahu bahawa budak perempuan tidak pernah dilihat sedih atau mempunyai masalah.

Pihak berkuasa di Mexico menyiasat kes kematian itu dan laporan tempatan mendakwa polis sedang meneliti untuk mendakwa ibu kanak-kanak berkenaan.

SUMBER: Mstar

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda