HARI ini tidak dinafikan ramai anak sudah terdedah dengan gajet seawal usia setahun. Walaupun banyak maklumat dibuat tentang kesan buruk peranti elektronik terhadap kanak-kanak, tetapi masih ada yang terus membiarkan anak mereka bermain gajet.

Pendedahan berlebihan kepada kanak-kanak boleh menyebabkan dia jadi ‘gila gajet’. Apabila kita tidak beri telefon pintar atau tablet mulalah dia melalak dan mengamuk hingga sukar dihentikan.

Jika anak sudah dikategorikan ‘gila gajet’, cubalah mengurangkan penggunaan gajet secara pelahan-lahan. Hal ini dikhuatiri menyebabkan keadaan anak lebih parah, dan juga berisiko menghidap Pseudo Autism.

Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dr Putri Afzan Maria Zulkifli berkata, memberikan kanak-kanak seawal usia 1-6 tahun bermain gajet seperti telefon pintar tanpa kawalan berisiko mendedahkan mereka kepada masalah mental dan pseudo autism.

Pseudo autism menyerupai autisme iaitu golongan kanak-kanak tidak mempunyai kemampuan atau kemahiran bersosial dan hidup dalam dunia sendiri yang boleh berlaku sekiranya mereka menghabiskan terlalu banyak masa secara rutin bermain gajet atau menonton televisyen.

Usia 1-6 tahun ialah waktu kritikal dalam pembinaan neuron kanak-kanak. Namun, apabila kurangnya aktiviti fizikal dan interaksi, ia menggangu pertumbuhan otak yang sepatutnya berkembang hingga 90 peratus dalam tempoh berkenaan.

Neuron yang tidak dikembangkan atau digunakan sepenuhnya itu akan mati, sekali gus mewujudkan pelbagai konflik dalam diri kanak-kanak tersebut.

Konflik yang Berlaku seperti:

  • Kegagalan kanak-kanak berfikir dengan waras
  • Tiada daya pemikiran kreatif
  • Tidak mampu berinteraksi
  • Bertutur dengan baik
  • Perkembangan emosi
  • Intelek terbantut

Situasi paling teruk ialah:

  • Tidak mampu mengawal perasaan atau tekanan dialami hingga menyebabkan kemurungan.

Ibu bapa disarankan mengawal penggunaan gajet kepada anak-anak selain melakukan aktiviti bersesuaian dengan usia anak bagi merangsang pembinaan neuron termasuk perkembangan emosi dan intelek.

Bagaimanpun, ibu bapa masih boleh memberi anak-anak bermain gajet, tetapi cukup sekadar satu jam sehari bagi kanak-kanak berusia 1-3 tahun, danĀ maksimum 2 jam sehari bagi anak berumur 4-7 tahun dengan pemantauan orang dewasa.

SUMBER: Mstar

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda