UMUM sedia maklum asap rokok mengundang bahaya kepada semua terutamanya kepada anak-anak kecil. Asap dan habuk rokok yang dihidu dan bebas di udara menjadi punca utama kepada masalah kesihatan anak kecil.

Walaupun telah banyak program kesedaran diberikan tentang bahaya asap rokok tetapi nampaknya tidak memberi impak kepada ayah untuk berhenti merokok demi anak-anak.

Berikut adalah pengalaman Dr Ainul Farahin Kamalruzzaman berhadapan dengan bayi dan kanak-kanak kecil yang mengalami jangkitan kuman paru-paru yang teruk disebabkan ayahnya merokok.

Semoga perkongsian Dr Ainul ini akan membuka mata ibu bapa khususnya ayah yang merokok untuk berhenti atau tidak sekurang-kurangnya tidak merokok di kawasan umum, rumah mahupun kenderaan.


Malam menghampiri jam 12…
Masih ada lagi beberapa kes yg menunggu untuk dipanggil.
Aku panggil nama seorang pesakit.. Sambil membaca chief complaint ini kertas triage: ‘cough/fever x 1 day
Masuk seorang ibu mendukung anak yang berusia 1 tahun 4 bulan.
Comel budaknya.
Tapi sayang, bila aku senyum kat budak itu, budak itu terus nangis.
Mungkin muka aku tidak cukup comel? Atau muka aku macam hantu kaklimah yang menakutkan.
Known case of ‘ aku suka budak, budak tak suka aku’
K fine.

Dia kenapa, mak?”
Dia demam, batuk-batuk… ”
Berapa hari sudah?”
Baru saja hari ini.. Tapi teruk betul batuk, tidak pandai berhenti. Tak mahu tidur…”

Sambil-sambil aku perhati saja budak itu.
Nafas berombak-berombak.
Cepat-cepat aku selak bajunya.
Tudiaa… Punya laju nafas dia… Lekuk-lekuk di dadanya pula punya dalam, kalau semut lalu nescaya terpeleot.
Jadi sebelum semut lalu dan terpeleot, aku perlu buat sesuatu.
Aku pun bagi lah neb kat budak itu…
Tahu tak neb itu apa? Neb itu singkatan untuk nekbat.

Sambil-sambil prepare neb, aku tanya-tanya lagi further history daripada emaknya.
Mak, ada sesiapa merokok di rumah kamu? Atau ada sesiapa suka merokok dalam kereta?
Ada… ”
“Siapa?”
Bapa dia… ”
(haih… Mengeluh sekejap aku depan maknya)
Bapa ada di luar? ”
Ada… ”
Nanti saya nak jumpa dia

Sambil-sambil budak comel nombor 1 kena nekbat, aku sambung tengok kes lain.
Panggil lagi satu kes…
Masuklah ibu bersama anaknya umur 9 bulan.
Sekali lagi aku senyum kat budak comel nombor 2, dia bagi blank stare saja.
K fine.

Pendek cerita, kisah budak comel nombor 2 ini sebiji dengan budak comel nombor 1 kecuali yang nombor 2 ini tidak ada demam. Nafas pun laju, semut pun ada risiko terpeleot di dadanya. Nafas pun bunyi-bunyi.

Aku nekbat kan budak comel nombor 2. Tanya maknya, bapak perokok tegar.
Nanti saya nak jumpa bapa dia ya!

Maka, bisinglah ruang asma tersebut dengan teriakan dua budak yang di’neb’ sambil emaknya struggle masing-masing nak pegang budak yang menggelepar menangis bagaikan diberi gas beracun. Tid faham lagi sebenarnya kenapa budak suka nangis time neb!

Tidak selesa kot kan.

1 jam.. 2 jam..
Nekbat sudah, sedut kahak sudah, bagi oksigen sudah… Namun budak-budak comel masih lagi berlekuk-lekuk. Ak pun refer doktor kanak-kanak untuk masuk wad.

Selepas 2 jam, baru bapa-bapa masuk cari anak.
Encik bapa dia? ” sapa aku
Iya… ”
Encik, anak encik kemungkinan masuk wad malam ni, jangkitan paru-paru dia agak teruk, nafas laju sangat, perlukan oksigen.. Salah satu punca jangkitan yang teruk macam ini berlaku adalah disebabkan anak encik terdedah kepada asap rokok atau habuk-habuk rokok yang melekat di langsir rumah, karpet, baju encik, kerusi kereta dll.. Saya nasihatkan encik untuk cuba kurangkan merokok dan kalau boleh berhenti terus. Kalau tak boleh sangat, jangan merokok dalam rumah dalam kereta, lepas merokok salin baju mandi baru main dengan anak. Tapi lebih baik kalau encik boleh berhenti untuk kebaikan anak.”

1) Tahukah anda kanak-kanak yang terdedah kepada asap atau habuk rokok di rumah berisiko mendapat jangkitan bronkiolitis dua kali lebih teruk dan 5x lebih tinggi risiko memerlukan bantuan mesin pernafasan (masuk tiub pernafasan). [kajian University of Liverpool]

2) Tahukah anda 20-30 peratus perokok pasif (dia tak merokok tapi dia hidu asap rokok sebab contohnya suami atau ayah merokok) mendapat kanser paru-paru dan 25-35 peratus mendapat penyakit jantung. Ha tepuk!

3) Tahukah anda di kecemasan hospital, yang melayan anak menangis masa neb itu majoritinya mak-mak, bapa main handphone tunggu kat luar. Dan bila masuk wad, mak-mak yang tunggu anak, bapa kalau tunggu, banyak yang kalau doktor tanya pasal anak semua tidak tahu, esoknya tukar sudah maknya pula menjaga. Amboi, kamu yang merokok sampai paru-paru anak tidak bagus, mak-mak yang menanggung sengsara.

4) Tahukah anda bapa-bapa sekalian, bahawasanya neb itu sebenarnya bukan nekbat? Apakah beza neb dan nekbat? Tanya la isteri anda.

5) Tahukah anda peribahasa ‘Sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan’? Sambungan peribahasa itu adalah ‘Sayang anak isteri, rokok tinggal-tinggalkan’.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda