SEORANG kanak-kanak dua tahun meninggal dunia akibat mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat doktor di farmasi swasta. Ibu kanak-kanak tersebut membuat rawatan sendiri di rumah dengan memberikan ubat yang tidak sesuai.

Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan agar segera membawa anak ke hospital kerajaan dan bukanlah membeli ubatan di farmasi berhampiran.

KES KEMATIAN KANAK-KANAK AKIBAT SALAH AMBIL UBAT

BACA>>>> Berapa Lama Ubat Boleh Disimpan Selepas Dibuka?

KISAH BENAR BAGI YANG SUKA BELI UBAT DI FARMASI

Kisahnya Si ibu kesian melihat anak yang sedang menanggung sakit perut dan cirit birit di rumah…

Jadi ibu dia pun memilih jalan mudah, jadi dia pun beli ubat di farmasi .

Hasil siasatan , Ibu mengaku .. Beli di farmasi .. mungkin si ibu tidak terangkan ubat itu untuk anak dia.

Maka anak dia pun telan lah ubat itu… yang disangka penawar, menjadi racun yang membawa maut tidak semena.

“Baru semalam main dengan kau anak. Hari ni aku kena tengok kau ditanam “ bisik hati ibu yang menangis tersesak-esak.

Kanak kanak berusia 2 tahun tadi, akhirnya meninggal disebabkan Hypoxia. Sesak nafas dan juga menyebabkan keceederaan pada sel otak . Dek kerana Poisoning Lomotil.

APA ITU LOTOMIL?

Adalah sejenis ubat cirit-birit yang selalu digunakan untuk orang dewasa.

Tapi tidak sesuai untuk kanak kanak bawah 12 tahun.

Aku kata banyk kali dah, hangpa suka suka beli ubat sendiri ..

Dose tu tinggi satu hal , kandungan tidak sesuai untuk umur 2 tahun satu hal .

Mungkin ibu nak berjimat atau kesempitan wang?

Klinik kerjaan kan ada kenapa tidak bawa ke sana ?

Umur 2 tahun ,tidak boleh ambil AntiDiarrhoeal ,

Tidak boleh ambil ubat anti cirit bawah 12 tahun.

APA PERLU KITA BUAT?

Kalau cirit teruk sangat, tidak mahu minum air, muntah-muntah, badan lemah , tidak aktif dan sendu…bawa pergi hospital ..tidak ada cara lain. Segera !

Tapi, kalau cirit sikit sikit, anak masih aktif , masih boleh minum dengan banyak .

Kalau malas pergi hospital, anda boleh awasi dahulu. Pastikan kerap beri air tidak kira lah susu atau ribena. Janji masuk air.

Kalau ada probiotik, boleh beri pada anak.

Tapi kalau sudah makin melarat, bawa ke hospital. Jangan malas sangat.

APA YANG BERLAKU DI HOSPITAL?

Doktor akan pastikan tahap hidrasi, masuk air melalui drip. Jika ada demam, doktor akan buat ujian darah, sampel najis dan banyak lagi.

Kalau anda pergi farmasi, memang mereka akan jual sebab. Ada beberapa jenis ubat ubat yang boleh dijual tanpa preskripsi. Tapi bila sudah jadi apa-apa, siapa yang kena tanggung?

Contoh anda sakit perut, pedih ulu hati, pergi beli ubat gastrik, tapi sebenarnya jantung punya masalah. Pihak farmasi boleh cadangkan ubat sesuai untuk gastrik dose dan sebagainya.

Tapi mereka tidak boleh buat pemeriksaan. Mereka hanya boleh beri ubat berdasarkan simptom sahaja.

JANGAN AMBIL RISIKO

Macam aku cakap, semalam dalam isu Rotavirus tu, dehidrasi ekstrim pada kanak-kanak pun dah cukup membawa maut.

Berkorban lah sedikit, pada kesihatan anak. Jangan ambil sambil lewa.

Berbaloi kah penjimatan itu?

Menyesal tidak berguna lagi..

Ubat ini bukan suka-suka hendak telan tau  Jangan kau ambil remeh.

Bukan aku tak kasi beli ubat di farmasi , Boleh beli , jumpa pegawai farmasi .. Sebab pegawai farmasi terangkan cara pengunaan dengan selamat. Tapi aku nasihatkan, periksa dahulu .. takut tertinggal beberapa simptom lain yang korang tak perasan”…

BACA>>>> Budak Perempuan Usia 2 Tahun Lemas Terjatuh Dalam Parit

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda